Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Laman pejuang bahasa Melayu, Universiti Terbuka PTS (UNIKA), menulis bahawa “di sebuah outlet rangkaian kedai buku elit di Kuala Lumpur, setiap bulan jumlah fiksyen Inggeris yang dijual adalah antara 500 - 600 naskhah sahaja, manakala jumlah fiksyen Melayu adalah antara 5500 - 6500 naskhah.”

“Selain itu, jualan buku-buku Inggeris menunjukkan trend mendatar sejak 5 tahun yang lalu, yakni tidak naik-naik, manakala dalam tempoh yang sama jualan buku-buku Melayu naik menggebu-gebu.”


Trend ini memang sudah lima tahun terjadi.
Memang betul info risikan ini. Contoh untuk saya ialah diri sendiri. Dalam tempoh lebih kurang 16 tahun, berakhir tahun 2004, saya memang mengumpul dan membaca hi-tech thriller, thriller misteri, saga sejarah, sai-fi, dan thriller geo-politik dalam bahasa Inggeris.

Namun empat tahun kebelakangan ini, minat saya ke arah fiksyen bergenre tersebut lebih menjurus ke medium bahasa Melayu. Maksudnya saya lebih terpujuk untuk membeli dan membaca fiksyen berbahasa Melayu, jika ianya ada di pasaran.


Namun begitu, untuk kes-kes khas, fiksyen bahasa Inggeris dari penulis tertentu tetap menjadi idaman. Juga benar ialah saya akan memborong fiksyen berkaitan oleh sebab faktor harga. Si penggila buku mana yang tidak tertarik dengan harga novel Inggeris RM5 sebuah? Di mana? Tinggal mesej sekiranya saudara ingin mengetahuinya.


Adakah pihak pengurusan kedai buku MPH masih lagi ego dan hipokrit dalam hal ini? Bagaimana dengan kedai buku jenama Amerika, Borders? Ternyata Borders masih tetap bangang!

5 comments:

Faizah Roslaini said...

Hmm.. saya tengok MPH berdekatan saya dah mula banyak stok kan buku2 melayu.

bab hipokrit tu tak tahulah. Tapi kalau tak silap saya editor MPH yang dua tu, memang lebih cenderung kepada buku Inggeris.

Borders saya tak pernah pergi. Tapi kalau online pun tak boleh nak check buku, mmg confem kedai buku ni bangang.. hahaha

Apa kita kita bukak aje kedai buku baru.. hehehe? Itu impian saya tu..bilalah nak jadi kenyataan. Tp tak salah bermimpi, kan?

Eh lama tak berGoodreads, sibuk ke?

Web Sutera said...

Sdr Faizah,

Saya pun ada dengar cerita MPH sudah mengubah sikapnya. Baguslah kalau begitu. Namun saya masih memboikot kedai buku MPH!

Kali terakhir saya ke Borders ialah semasa sesi katering di Berjaya University College of Hospitality di Times Square pada 1 Julai lalu. Saya singgah di sana. Saya sedih dan makan hati melihat ruang pameran buku BM terlalu minimal, malah boleh dikatakan tiada langsung jika dinisbahkan dengan keluasan keseluruhan ruang kedainya. Sebab itu saya kata Borders bangang! hahhahaha..

Goodreads? Saya ada singgah sebenarnya, tetapi tidak tinggalkan sebarang komen/mesej. Rak buku Goodreads saya pun sudah lama tidak dikemaskini. Agak2 sudah bersawang :-)

Anonymous said...

kat mane novel inggeris yang murah2 tu?kalau harga sgt murah, boleh beli banyak, pastu boleh sedekah kat kawan2 =)

Web Sutera said...

Sdr Ayscha,

Sila ke Carrefour di Sri Petaling, KL. Saya tidak pasti masih ada lagi atau tidak. Harga RM5.00 sebuah untuk fiksyen & bukan-fiksyen BI. Masih baru-baru lagi.

Saya beli 10 buah fiksyen thriller di sana.

abu razeen said...

saya mula kenal dengan novel RM5.00 masa pameran buku PWTC, sebelum jadi penagih novel english tegar eloklah dapatkan buku cenggitu, rekod setakat ni sekali pesta buku saya beli 5, lepastu mulalah beransur ke yang mahal sket, terutamanya penulis yang prominent.Saya tak simpan alamat dia tapi ada disekitan Bangsar steven nama kedainya tokehnya berbangsa India, kalau pandai korek buku-bukunya pasti boleh dapat penulis tersohor dengan harga tersebut. cubelah!


Photobucket
top