Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.

Buku ini menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Yahudi Zionis. Juga mera
kamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling kejam di millenium baru ini.

(Buku: Gaza Menangis: Menulusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza terbutan Jundi Resources)

Antara perkara jahanam yang terangnya seterang pancaran mentari di kemuncak langit ialah protokol pertama Zionis yang memaktubkan bahawa perlunya melakukan kegiatan keganasan material dan spritual terhadap semua bangsa bukan-Yahudi. Protokol tersebut merangkumi usaha-usaha Zionis supaya kaum Yahudi dapat menguasai dunia dan memonopoli setiap sumber bagi menguatkan kedudukan dan membantu merealisasikan tujuan besar mereka.

Ketahuilah saudara bahawa keganasan atau anasir teroris adalah anak kandung Zionis! Kajilah kitab Taurat (yang sudah dipesong oleh Yahudi) yang banyak mengandungi dakyah dan ajaran supaya melaksanakan elemen teroris dan menghancurkan seluruh manusia selain Yahudi.

1 comments:

Ummu Mishkah said...

Sedih, sebak, Marah bila berbicara soal Palestine dan Yahudi ni.. skrg pun byk proses buku pasal yahuhdi dan palestine.. tak boleh nak professional, terbawa2 dgn emosi!


Photobucket
top