Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Antara sifat tamak saya ialah membeli dan membaca buku. Sikap ini mungkin saya tidak begitu bijak membendungnya, sejak dulu. Pantang saya ialah melihat kelibat kedai buku, pameran / pesta buku dan jualan murah buku. Perkara lain saya boleh elak, yang satu ini amat payah.

Kebiasaan saya ini sudah lama berlangsung.
Sewaktu masih bekerja di MIMOS Bhd dan Jaring Communicarions Sdn. Bhd, saya akan mencuri-curi keluar ke kedai buku. Akibatnya kad kredit saya kembung! Sampai kini saya masih membayarnya perlahan-lahan. (Nasihat: Jangan gunakan kemudahan kad kredit secara berleluasa andai tidak mahu menanggung hutang seumur hidup.)

Saya berhenti seketika dari membeli buku tatkala mengalami kesuntukan wang (biasalah, putaran hidup). Kini selepas beberapa tahun menceburi bisnes katering, Allah yang Maha Ka
ya dan Maha Pembuka membuka pintu rezeki untuk saya sekeluarga. Bermulalah kembali kegilaan saya membeli buku.

Pada Ahad 16 Mei 2009, saya
membeli 3 buah novel di jualan gudang Pay Less Books (kedai buku terpakai) di Ampang Point. Minat saya tertumpu kepada novel thriller, sains-fiksyen dan tekno-thriller. Maka 3 buah novel yang dimasukkan ke dalam karung plastik ialah Warlord! Oleh Janet Morris, Stealth War (militeri-thriller) oleh Jeff Rovin dan Enemy Territory oleh Douglas Terman. Harganya ialah RM9.00 untuk 3 buah.

Sementara itu pada 26
Mei pula, sebaik sahaja selesai mengambil cek bayaran katering di satu lokasi di SS2, Petaling Jaya, terus saya memulas stering kereta ke Amcorp Mall yang berdekatan. Saya ‘melawat’ kedai buku BookXcess yang terletak di tingkat paling atas bangunan Amcorp Mall.

Tahukah saudara apa itu kedai buku BookXcess dan buku apa yang dijualnya? Kedai buku ini menjual pelbagai kategori buku dalam bahasa Inggeris. Tarikan paling utama ialah harga buku-buku yang sangat murah, sehingga 70% dari harga asal di kedai buku lain. Bukan buku lama, tetapi masih baru (atau kelihatan baru?). Mana boleh tahan!

Hasilnya, 4 buah buku dibawa pulang; 3 buah novel thriller dan sebuah buku sejarah India. Semuanya terbitan tahun 2007, seperti berikut:


Crow Stone oleh Jenni Mills (RM9.90).
Cobra Gold oleh Damien Lewis (RM9.90).
Bad Luck and Trouble oleh Lee Child (RM9.90).
India After Gandhi: The History of The World’s Largest Democracy oleh Ramachandra Guha (RM19.90).

Ada
kedai buku Popular pula di Ampang Point dan Amcorp Mall. Beli buku lagi. Pada kedua-dua hari yang sama, chef Lusiana Catering turut menambah koleksi di rumah, seperti berikut:

Matahari Di Atas Gilli oleh Lintang Sugianto, terbitan PTS.
Setiap Jumaat oleh Norhayati Berahim, terbitan NB Kara.
Mikhail oleh Ramlee Awang Murshid, terbitan Alaf 21.
Cinta Kau dan Aku oleh Siti Rosmizah, terbitan Buku Prima.
Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha oleh Taufiqurrahman al-Azizy, terbitan Global Aksara Communication.

Photobucket
Di waktu ini saya sedang menelaah 4 buah buku sekaligus, seperti senarai ‘Sedang baca buku-buku ini’ di sebelah atas kanan blog ini. Bila mahu habis setiap buku tersebut, hanya Allah yang Maha Tahu. Tanpa niat meninggi diri dan riak (semoga Allah lindungi saya dan keluarga, amin!), saya juga amalkan membaca al-Quran dan terjemahan / tafsir. Alhamdulillah.

Baru sahaja selesai membaca novel thriller Gapura oleh Zehann Ur Rakhie, terbitan Pekan Ilmu. Akan dibikin resensi, insyaAllah. Bila? Belum tahu.

4 comments:

Ummu Mishkah said...

Tak rugi 'membeli' ilmu.. samalah dgn saya suka sgt beli buku tapi semenjak keje kat library ni dah kurang sikit aktiviti tu... tetapi beli buku mcm dah ketagih, walaupun dah ada collection kat library ni nak jugak miliki sendiri..

akimsensei said...

haha, abgweb. lain kali, kalau nmpk kedai buku tu, buat dek je la.. jgn berani2 masuk, esp tgh2 bulan.. hmm..

Anonymous said...

Salam ziarah.

View Profile: Rantong™

Web Sutera said...

Sahabat Akim,

Itu yang payah. Saya pentang dan alergik dengan kedai buku, walaupun kedai itu nampak buruk dan tidak terurus.


Photobucket
top