Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Fakta sejarah merakamkan:
''Orang Melayu bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara.

Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''. (Pimpinan MCA, Tun Tan Siew Sin, 30 April 1969)

Namun begitu:

Laman berita Malaysiakini memetik bahawa bekas pemimpin UMNO Zaid Ibrahim ‘angin’ dengan pendekatan akhbar Utusan Malaysia yang hanya pandai memainkan sentimen perkauman. ‘Kaum, kaum dan kaum’ adalah tema utama Utusan dan sebab itulah kenapa kadar penerimaan (orang-orang yang membacanya) menurun, kata Zaid.

Sebab itu, Tok Guru Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pernah berkata, “Kita (baca UMNO) di Malaysia suka sebut ketuanan Melayu, sebab Melayu bangsa asal. Tetapi kita lupa bahawa bumi ini adalah kepunyaan Allah. Sepatutnya kita kena sebut ketuanan Allah. Beginilah cara berfikir orang-orang beriman.”

“Jika pemimpin Melayu asyik melaungkan perkataan ‘hidup Melayu’ dan asyik menghunus keris Melayu, sampai bila-bilapun perasaan perkauman tidak akan menipis. Orang akan lari dari Islam kerana sikap perkauman pemimpin Melayu.”

Semalam (2 Jun 2009), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik oleh Malaysiakini menegur akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat. Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.

Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini.

Jujurkah Muhyiddin?

Berkaitan: Hagemoni UMNO: Hidup dan keris Melayu tidak untuk Malaysia
Sudahlah UMNO dan Utusan Malaysia dengan Melayunya!
Jom baca luahan minda dan perasaan sahabat Cina kita di sini: Leave the Old Malaysia Behind Us

1 comments:

D'Rimba said...

Jika benar jujur sudah lama martabatkan bahasa Melayu sebaiknya. Adakala kita terlalu mengikut kehendak mereka hinggakan kita makin terhakis di negara sendiri contohnya ekonomi, sekarang bahasa pula.


Photobucket
top