Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Sejak akhir-akhir ini saya lihat PTS dan kumpulan anak syarikatnya begitu aktif menerbitkan kumpulan novel yang bermutu dalam pelbagai genre, terutamanya novel dewasa, sai-fai, Islami dan thriller. Pelbagai jenama atau imprint PTS diteroka.

Saya sebagai pengemar buku dan novel sebegini cukup teruja dengan perkembangan sihat ini. Dalam kesibukan menguruskan rezeki anugerah Allah, saya sentiasa mengikuti secara dekat setiap perkembangan dunia penerbitan negara, terutamanya buku-buku dalam bahasa Melayu.


Jika 10 tahun lepas, dunia penerbitan buku bahasa Melayu agak malap, dewasa ini ianya semakin mengebu-gebu (pinjam kata-kata Sifu Ainon). Jika 10 tahun lepas saya susah untuk mencari novel-novel bermutu dari penerbit Melayu, sekarang alhamdulillah, payah pula untuk saya memilih! Kalau diikutkan hati, semua saya mahu beli dan baca.


Satu yang pasti, chef Lusiana Catering akan merungut, begini: "Nampak gaya saya kena beli rak buku lagi." Memang pun, rak buku terbaru yang baru dibeli lebih kurang dua bulan lepas sudah hampir penuh.
Sebagai rekod, chef saya membaca enam buah novel pada bulan April 2009, termasuk Salju Sakinah terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. dan Syahadat Cinta terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Memang satu rekod baru dicipta dalam keluarga saya. Siapa boleh cabar rekod ini?

Teruskan perjuangan, PTS. Saya sentiasa menyokong perkara yang baik, insyaallah. Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang baru tamat, saya ke gerai PTS sebanyak enam kali (walaupun lima kali saya tersepit!), dan hasilnya seperti di atas.

6 comments:

illaieylla said...

amboi bnyk buku......
abg web...... nak pinjam blh x
hehehehe kalau dah jd koleksi sure x lps ke tangan org lain kan

D'Rimba said...

Banyaknya koleksi bermanfaat..........

qunia said...

ye, betul.
Buku keluaran PTS semakin mendapat perhatian pembaca-pembaca buku Melayu sekarang ini.
Tetapi saya rasa harga buku-bukunya agak mahal sedikit berbanding dengan buku-buku penerbitan yang lain.
Kalau beli secara online pun hanya ditolak 15% dari harga buku tetapi pembeli terpaksa membayar kos penghantaran pula. Campur tolak kali bagi, jumlah yang pembaca kena bayar lebihkurang sama saja dengan beli di kedai buku.
Kalaulah pihak PTS dapat kurangkan sikit harga buku-bukunya tentu akan lebih mendapat perhatian lagi.

Web Sutera said...

Sdr Qunia,

Keluhan ini memang sudah agak lama saya dengar. Buku-buku PTS jika dibandingkan dengan buku keluaran penerbit lain memang agak tinggi. Saya pasti salah satu perbandingan yang sdr buat ialah dengan Alaf21 Sdn Bhd.

Saya pernah menyuarakan persoalan ini kepada pihak PTS secara 'tidak langsung'. Namun saya faham apakah jawapan yang akan PTS berikan.

Jika sdr lihat dan perhatikan buku-buku keluaran Telaga Biru, juga relatif mahal dari penerbit lain, khususnya Alaf21.

Alaf21 mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh penerbit lain, iaitu menjadi anak syarikat Karangkraf. Karangkraf pula menerbitkan berpuluh-puluh majalah sejak sekian lama. Syarikat ini juga memiliki pencetak sendiri. Jadi pesanan kertas dibuat dalam bentuk 'kontena' bukan lagi 'tan'. Bayangkan berapa penjimatan yang boleh Karangkraf, Alaf21, dan terkini Buku Prima boleh buat dalam pembelian kertas direct dari pembekal luar negara? Mana ada penerbit lain boleh lawan mereka, PTS sekalipun.

Namun buku yang 'agak mahal' merupakan satu halangan yang terpaksa PTS raduk. Demi perspektif 'buku agak mahal' jika dibandingkan dengan jumlah halaman buku-bukunya, PTS terus menerokai ruang minda rakyat dengan buku-buku yang bermutu.

Sebab itu saya kerap katakan kepada rakan-rakan, apalah mahu dikira akan nilai 'agak mahal' itu, sedangkan kita peroleh ilmu dan kepuasan dari buku-buku yang dibeli?

Bagi saya, lebih rela membeli buku-buku yang 'agak mahal' berbanding membeli pakaian yang jenama entah apa-apa.

Namun begitu, bagaimana saya mendapatkan buku-buku PTS supaya menjadi agak memadai dengan bajet saya?

1) Saya beli di kedai buku Popular, di mana saya menjadi ahli rangkaiannya. Setiap bulan Popular memberikan potongan 20% kepada pemegang keahlian untuk beberapa buku baru. Secara automatik kita dapat potongan 10% sepanjang tahun. Kerap kali pula Popular memberikan potongan 15%.

2) Saya membeli ketika pesta buku. Potongan paling rendah 15% diberikan. Pada Pesta Buku KL yang baru berlalu, potongan 20% diberikan kepada pembeli.

3) Saya membeli di lain-lain pesta buku.

wnorhaslina said...

Salam.
Dulu saya rasa sepertimana Qunia rasa jugak. Terima kasih kpd web sutera cerita disebalik harga buku pts mahal.

Setuju dengan cara membeli buku daripada POPULAR kalau mahu jimat beberapa ringgit. Boleh jugak cari kedai-kedai buku yang lain. Mesti mau rajin pusing2 lah cari kedai buku yang boleh bagi diskaun. Seperti di Aloq Setaq sini ada kedai Pustaka Union. Ahli atau tak dia tetap bagi off 15%. tidak pun cari la kedai2 buku second hand kat pasar seni ada satu.

Pokok pangkalnya nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kan.

Anonymous said...

Assalammualaikum...

Untuk pembaca seperti saudara web sutera, sila lah ke www.goodreads.com. Masuk lah ke komuniti pembaca Malaysia.
'http://www.goodreads.com/group/show/465.Goodreads_Malaysia'

Ada diskusi tentang beberapa buku yang pernah dibaca oleh saudara(yang saya perasan komentar dalam web ini).

Jemput2 lah!
-annahs-


Photobucket
top