Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Penulis Faisal Tehrani menulis dalam blognya begini:

Saya berpendapat dalam hal krisis di Perak hanya ada dua penyelesaian yang munasabah.

Pertama, bubarlah DUN dan kembalikan kepada yang berhak memilih untuk membentuk kerajaan iaitu: rakyat. Saya pernah menyatakan tidak bersetuju kepada 'aksi lompat untuk mendapat kuasa'. Saya juga menolak projek 16 September yang bedebah (meskipun ada ulama di dalam PAS mendambainya); saya juga tidak dapat menerima projek menjatuhkan kerajaan di negeri Perak secara tidak bermoral.

Dengan pembubaran DUN, ia akan membuka gelanggang untuk permainan yang adil dan saksama. Jika ia tidak dilakukan, saya juga berpandangan parti pemerintah sekarang ini akan berdepan dengan pelbagai masalah di masa hadapan dan penggandaan tanggapan negatif yang sudah sedia menggunung. Parti pemerintah perlu menimbang pandangan rakyat yang amat skeptis sekarang. Jangan tambah beban yang sedia ada.

WEB SUTERA menulis begini:

Akhbar-akhbar internet melaporkan bahawa krisis politik Perak tidak nampak jalan keluar dalam masa terdekat apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exco Pakatan Rakyat mengosongkan pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan kurang lapan jam setelah melapurkan diri untuk bertugas semula.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tingggi semalam.

Setakat hari ini baru ditangguhkan keputusan. Dalam entri berkaitan, semalam saya sudah katakan bahawa jika UMNO / BN merayu dan katakanlah menang kes, jadi Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir akan menjadi menteri besar semula. Lepas itu apa sudahnya? Pakatan Rakyat akan lawan balik di mahkamah. Seterus dan seterusnya, seterusnya…

Ada juga laporan mengatakan bahawa wartawan media pun sudah naik jelak dengan perkembangan di Perak. BOSAN!

Aduhai, tiada penyelesaian konkrit. Sudahlah! BUBARKAN DUN sahaja. Rakyat Perak akan tentukan siapa yang layak memerintah. Saya cukup yakin, insyaAllah, dengan doa-doa rakyat Perak dan Malaysia, Pakatan Rakyat bakal memenanginya dengan majoriti dua pertiga. Beranikah Datuk Seri Najib Tun Razak?

Rakyat tidak akan lupa betapa rakusnya dan gila kuasanya UMNO / BN. Bukan ingin membantu rakyat, tetapi hanya tamakkan kuasa dan wang ringgit!

Baru balik dari katering. BOSANLAH oiiiiiiiiiii!! Aku mahu baca buku cari ilmu, bukannya cari emas di Perak! BOSAN!!!!

3 comments:

ummumishkah said...

memang bosan...
padahal penyelesaiannya senang jer..
susah kalau berkhidmat bukan kerana Allah.. ginilah jadinya..

Abang Long said...

Salam hormat wahai Saudaraku.

Memang betul. RAKYAT sudah BOSAN, JELAK, MUAL, HENDAK MUNTAH, HENDAK TER-'BERAK', TERKENCING dan BENGANG dengan cerita K.A.R.T.U.N yang berlangsung di PERAK !

Web Sutera said...

Sahabat Abg Long & Ummumishkah, memang BOSAN & MENYAMPAH!

top