Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dicadangkan mengadakan hubungan yang lebih baik dengan negara-negara Islam sekiranya ingin memulihkan kembali imej negara tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, presiden negara kuasa besar itu diingatkan juga tidak mengulangi kerakusan kuasa seperti diamalkan George W Bush.


"George Bush dan pemimpin Amerika Syarikat sebelumnya telah melakukan banyak kesalahan kemanusiaan sehingga melakukan serangan ke atas negara Islam.


Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, sebagai sebuah negara maju serta dikenali seluruh dunia, Amerika seharusnya sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini sehingga memperlihatkan demokrasi kejam seperti Komunis.


Menurutnya George W Bush sebagai seorang penganut Kristian telah melakukan sesuatu yang menyimpang dari ajaran Jesus yang pentingkan perdamaian.
"Kalau ada sekali pun beberapa orang pengganas di Iraq, Palestin atau Pakistan, tetapi jumlah nyawa terkorban puluhan ribu. Ini sesuatu yang amat tidak adil."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Obama’s interview with Al Arabiya and his recent visit to Turkey highlighted the end of the polarising “Us vs Them” language and the beginning of dialogue and partnership.


“The United States is not and will never be at war with Islam,” promised Obama, despite a recent ABC/Washington Post poll showing that 48 percent of Americans hold an unfavourable opinion of Islam, the highest unfavourablity rating since 2001.

Having shunned Muslim American voters like political kryptonite in his campaign, Obama now embraces them by stating: “Many other Americans have Muslims in their family, or have lived in a Muslim-majority country. I know, because I am one of them.”

Obama now invites American Muslims to become part of his “political family” with his recent appointments of several distinguished Muslims, such as Rashid Hussain, Dalia Mogahed and Eboo Patel, to influential positions in his administration.


FULL ARTICLE, HERE. (Gambar: Dua buku mengenai Obama – satu oleh
PTS dan kedua ditulis oleh Obama, terjemahan ITNM)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Banyak orang berpandangan usaha Institut Terjemahan Negara Malaysia (
ITNM) mahu menterjemahkan karya nukilan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, The Audacity of Hope semata-mata mahu menumpang populariti tokoh politik tersebut. Dalam kata lain, jualan buku tersebut pasti laris kerana semua orang pada masa kini sangat mengagumi karisma politik Barack Hussein Obama.

Namun hakikatnya, ITNM mendapat lesen penerbitan terjemahan buku tersebut semasa Obama masih lagi bertanggungjawab sebagai Senator Illinois. Pada masa itu, ITNM berpendapat buku tersebut sangat wajar diterjemahkan ke bahasa Melayu kerana mempunyai nilai politik yang sangat akrab dengan landskap politik Malaysia. Karya Obama itu juga mampu merangsang cita-cita anak muda menongkah arus perdana demi mentransformasikan diri dan masyarakat.

Baca artikel penuh
di sini.

0 comments:


Photobucket
top