Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk berkunjung ke pesta buku Kuala Lumpur saban tahun. Semasa masih bekerja di MIMOS dan JARING beberapa tahun dahulu, saya akan cuba ‘mencuri’ masa meloloskan diri ke sana.

Tatkala menceburkan diri sepenuh masa dalam bisnes katering sehingga kini, saya juga akan ke pesta buku tersebut. Walaupun pada satu tahun, saya kira tahun 2006, saya ke pesta buku Kuala Lumpur tanpa membeli apa-apa lantaran kesempitan wang, saya tetap menghadirkan diri merasai suasana dunia perbukuan.


Tahun ini saya akan ke PWTC lagi untuk pesta buku 2009 pula, insyaAllah. Cuma saya mesti uruskan masa sebaiknya. Geng Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) bercadang ingin berkumpul pada Sabtu dan Ahad ini (18 & 19 April) bagi mempromosi kelab kepada khalayak. Novelis Ramlee juga bakal berada di gerai Alaf21 pada kedua-dua hari tersebut. Saya akan cuba hadir.


Saya juga akan hadir ke program-program di bawah, insyaAllah.


Pelancaran Novel Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang) karya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri, oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)


Tarikh: 19 April 2009
. Hari: Ahad. Masa: 12.00 tgh-1.00ptg. Tempat: Bilik Kedah/Johor (PWTC) (Saya akan bawa semua buku ilmu oleh ulama ini yang saya miliki untuk diautograf)

26/4/09, 3 - 4 petang
- Pelancaran Novel Islami PTS.

26/4/09, 4 - 5 petang
- Bicara Buku Taufiqurrahman & Tere Liye. Bersama moderator Salina Ibrahim membicarakan novel Syahadat Cinta & Hafalan Solat Delisa.

19 April 2009
- Mini forum dan konvensyen sai-fai. Lokasi: Dewan Kedah/Johor, PWTC. Masa: 2.00 – 6.00 pm

1 comments:

mudin001 said...

Sheh, ana akan ke sana juga Ahad nanti. Jangan lupa tegur kalau terserempak. :)


Photobucket
top