
Terimbas kembali mengenai sesi katering pada hari Jumaat lalu (19 Dis.2008). Justeru kerana pada hari tersebut saya dan isteri dianugerahkan Allah dua sesi katering pada hari yang sama; satu di Subang dan satu lagi di Damansara.
Pada mulanya kami berdua sedikit res

Hari ini, saya dan dua orang anak ke jualan buku Dawama di Hulu Klang. Bersantai sambil membelek buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sejak dari mulanya memang saya ingin mendapatkan novel karangan Sasterawan Negara Arena Wati yang masih belum dimiliki, tentunya dengan harga yang agak murah. Novel Begawan terbitan tahun 1996 saya ambil.
Bersama novel Arena Wati tersebut, saya juga membeli empat buah novel sains fiksyen Patria Abdullah yang diterbitkan di akhir tahun 80-an dan awal 90-an. Saudara Patria Abdullah merupakan penulis yang saya kenali sewaktu belajar di Universiti Sains Malaysia dahulu. Pada waktu itu, tidak tergerak pula untuk membaca karya-karya beliau.
Selain dari itu, saya juga membeli novel Hikayat Neogenesis oleh Rahmat Haroun (tahun 2005) dan novel terjemahan Halimunan.(tahun 1992). Anak perempuan saya yang berumur 6 tahun meminta saya membeli untu

Oh ya, saya lihat tidak ramai yang datang ke jualan Dawama pada hari ini. Saya tidak tahu mengapa. Padahal ianya hari cuti sekolah dan hari Sabtu pula. Jauh bezanya jika jualan murah dikelolakan oleh Popular, MPH dan Payless Books.
Ada
Jadi betullah orang kata, “DBP hanya pandai terbitkan buku, tetapi tidak bijak menjual.”
8 comments:
Saya dah lama tinggalkan jualan murah Dawama. Kali terakhir kesana rasanya 2005 atau 2006.
Kenapa? Entahlah.
Keseronokan (kalau pun ada) di jualan gudang Dawama tidak sama dengan keseronokan di jualan-jualan yang lain.
Ya, saya sangat setuju dengan ungkapan DBP hanya tahu menerbitkan buku, tapi tidak tahu menjualnya.
Assalamualaikum sdr Mudin001,
Terima kasih atas kunjungan & komen. Memang begitulah jadinya, hihihi.
Siapa yang delete komen yang pertama? Virus?
hohoho.kenape dan kenape di jb tak ade jualan murah macam ni ek?hehehe! nak gak:P
Saya pernah terbaca satu tips dalam sebuah buku berkenaan dengan pengaruh. Biasanya kedai-kedai buku akan memasang muzik tenang seperti jazz dalam kedai mereka. Muzik seperti ini akan membuatkan pengunjung berasa lebih tenang dan berada lebih lama dalam kedai tersebut. Ada pula kajian mengatakan pemandu yang gemar memasang lagu bingit dalam kenderaan mereka cenderung untuk memandu laju.
Salam Pak,
Beli buku Abg Pat yang mana? Jualan ni sampai bila yach?
Bila mau buat resensi Saga Horizon @ ASAIN?
eh, kat mana ada buat jualan buku2 tu ek??? bila last day nye???
Saya sempat ke sana minggu lepas. Kali pertama. Memang rasa macam tak percaya, pasang radio kuat-kuat waktu jual buku?
Tapi yang paling menyedihkan ialah keadaan buku-buku yang dijual. Banyak yang melekat-lekat antara satu naskhah dengan yang lain. Bila pisahkan jadi rosak kulitnya. Mungkin sebab kelembapan. Sayang betul.
Post a Comment