Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Kerajaan negeri Kelantan dicadang mewujudkan perpustakaan desa di setiap kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya perumahan-perumahan awam.

Adun Tanjong Mas (Kelantan) Rohani Ibrahim berkata, usaha itu wajar dilakukan bagi mempertingkatkan amalan membaca di kalangan rakyat di negeri ini.


"Mungkin kerajaan boleh mengenakan syarat kepada pemaju perumahan supaya turut diberi ruang bagi perpustakaan kecil diwujudkan di kawasan yang baru dibangunkan.


"Perpustakaan seboleh-bolehnya beroperasi tujuh hari seminggu. Ini penting bagi mengelak kegiatan melepak di kalangan remaja terutama di premis perniagaan dan pasar raya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.


Menurutnya perpustakaan berkenaan hendaklah dijadikan sebagai tempat 'mesra pengunjung' dan bukannya menjadi lokasi tidak bermoral sesetengah remaja.

Beliau juga berkata, budaya membaca di kalangan rakyat Kelantan umumnya belum mencapai target yang diharapkan kalau diukur nisbah kehadiran ke perpustakaan awam yang sedia ada sekarang.

Saya harap saranan ini diambil berat oleh Kerajaan Kelantan, jangan ditangguh-tangguh lagi. Buku, sahabat akrab, setia menemani; bait ayat mencorak rasa, di dasar nurani dalam mengisi ruang waktu, sebelum kembali.

Artikel berkaitan: Perpustakaan Desa Kampung Pandan, Selangor

top