Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket Image Hosting
Penulis Faisal Tehrani berkata, “Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya saya yang berusia selama itu?

Kalau dulu tulisan Jawi diketepikan kerana sekularisasi pendidikan dan minda pemerintah, kini tulisan Jawi akan dipenjurukan lagi oleh pakatan liberal-pragmatik yang akan terus mempertikaikan sisa budaya Melayu-Islam yang masih ada.

Lebih menyedihkan hati saya, ada kumpulan tuan guru yang bersekutu bersama gerakan liberal-pragmatik ini. Bagaimana satu pihak Harakah memperjuangkan tulisan Jawi, satu pihak pula boleh pejam mata terhadap kawan sebantal yang menggunjing tulisan Jawi?” Artikel penuh Faisal Tehrani, baca di sini:

Ada sahabat blogger lain menyatakan begini:

“Di mana Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan tulisan Jawi di papan nama sebuah jalan di ibu kota? Kejadian beserta gambar yang saya sertakan ini membuktikan betapa murah dan hinanya bahasa Jawi pada pandangan bangsa lain. Malang sungguh nasibmu bahasa Jawi. Tidak ada seorang pun di kalangan Melayu/Islam membela nasib mu." Sila klik di sini:

Pandangan saya, elok dikekalkan tulisan Jawi di label jalan-jalan yang sudah sedia ada, ataupun ditambah lagi. Dan dalam masa yang sama, masukkan sekali tulisan Cina pula. Langkah ini, saya kira, sangat elok bagi industri pelancongan kita.

Tindakan YB Terasa Kok (DAP Seputih), kalau benar, saya rasa keterlaluan. Jangan pula tulisan Jawi menjadi mangsa. Saya minta Pakatan Rakyat pandai dan berhemah dalam hal ini. Benar kata saudara Faisal Tehrani, “Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini. Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.”

Faisal berkata lagi, “Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.

Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.”

Saya berharap sangat supaya PAS meneliti sehalusnya perihal ini.
Ingat perjuangan Harakah terhadap tulisan Jawi. Saya bukan tidak bersetuju dengan tindakan DBKL yang menurut kehendak YB Terasa Kok, jika benar, cuma ambil kaedah yang tidak keterlaluan, iaitu kekalkan tulisan Jawi dan tambah tulisan Cina.

YB Iskandar Samad, Exco Selangor juga menyatakan dalam blognya bahawa “Walaupun ianya melibatkan kawasan YB itu, kawasan majoriti Cina, tetapi jarang sekali DBKL begitu pantas memenuhi permintaan parti-parti pembankang. Menukar papan-papan tanda jalan bukan satu perkara yang kecil. Jadi adakah ianya bertujuan untuk mendapatkan undi-undi untuk BN atau terdapat agenda politik lain? Sudah tentu penukaran itu akan menjadikan YB Teresa “heroine” kepada pengundi-pengundi Seputih dan tidak akan menguntungkan BN. Jadi kenapa dilakukan?

Kata Iskandar lagi, “Saya berpendapat impak yang diharapkan bukanlah di Seputih tetapi di seluruh negara. Bukan kepada orang Cina atau masyarakat bukan Islam yang lain tetapi impak yang diharapkan adalah di kalangan orang Melayu, orang Islam.”
Sila baca komentar penuh di sini.

Saya sebenarnya malas untuk mengulas perihal ini, tetapi jangan pula Islam dan PAS hanya menjadi bagai menukut di tepi gantang. Saya memang amat tidak setuju dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail, dan dalam masa yang sama tindakan Terasa Kok juga tidak patut.

3 comments:

Unknown said...

i arrived here from another blog.

pada hemat saya, pendekatan dengan menambah tulisan cina pada papan tanda jalan tidak akan menyelesaikan apa-apa pun. jika tulisan jawi, cina dan bahasa kebangasaan (rumi) digunakan pada satu papan tanda, maka mana lagi hendak diletak tulisan india pula? adakah ini hanya "politik" favoritism? dalam hal ini saya rasa teresa kok adalah YB yang paling tidak "mature". kerana hanya "memperjuangkan" perihal yang remeh. banyak lagi hal-hal penting yang perlu diberikan perhatian. pendidikan, kebajikan orang kurnag upaya dalam bergerak di KL ini, kemiskinan, infrastruktur jalan yang tidak memuaskan, pengangkutan awam yang cukup lemah. adakah teresa kok begitu bodoh hingga tidak nampak perkara sebegitu?

kerajaan perlu ada prinsip. jika prinsip kerajaan mengatakan bahasa malaysia itu bahasa kebangsaan, maka perlu ditegaskan dan dilaksanakan mengikut prinsip. jangan jadi seperti lalang. sudah tiba masa isu remeh sebegini ditangani sebijaknya, perkara ini adalah perkara remeh yang hanya dipolitikkan oleh YB yang kering modal untuk "berkhidmat" untuk rakyat, bagi mereka rakyat hanyalah sebangsa dengan mereka dan mempunyai interest sebulu dengan mereka sahaja. saya non-partisan, kebodohan YB sebegini adalah menampakkan kecetekan pemikiran mereka.

Anonymous said...

Sdr Garden,

Terima kasih. Ya, saya boleh menerima pandangan sdr. Make sense.

Isu remeh-temeh, sedangkan rakyat mengharapkan jauh lebih dari itu.

Anonymous said...

Biarlah tulisan jawi itu menjadi citra jati diri bangsa Melayu di sini. Orang Cina ada tulisan kecinaannya tersendiri di negara China.Biarlah dunia ini kaya dengan kepelbagaian warisan tulisannnya tersendiri.Yang kita tak mahu ialah pupusnya sekian banyak tulisan sesuatu bangsa kerana tiadanya pembelaaan.Ini amanah Tuhan kepada manusia agar memeliharanya, dan jangan sesekali cuai...


Photobucket
top