Di dalam buku ini, apa yang kami maksudkan sebagai agama batil adalah ideologi seperti materialisme, komunisme, Darwinisme (asas saintifik bagi ideologi tersebut) dan beberapa sistem lain yang berasaskan kepada kemungkaran. Ini adalah kerana seiring dengan peredaran masa, semua anutan ini bertukar menjadi sebuah konsep yang lengkap dengan sistem dan praktik kepercayaan yang tersendiri. Bahkan, masing-masing memiliki pemimpin idola dan sumber rujukan yang kekal menjadi pegangan para pengikutnya.
Agama batil yang tersebar begitu meluas dan menarik jumlah penganut yang besar dengan berusaha menjadikan ‘agama batil’ ini mengatasi dan menentang keadilan. Ia juga menentang agama yang hak (iaitu Islam) secara berterusan dengan menerbitkan pelbagai buku dan artikel untuk menyebarkan propaganda dan sentimen sebagai suatu sokongan terhadap agama buatan mereka.
Di antara halangan yang paling besar dihadapi oleh para penganut sistem ini adalah kitab suci Al-Quran, iaitu satu-satunya panduan menuju ke jalan benar yang diwahyukan oleh maha suci Allah.
Al-Quran memperincikan keterangan mengenai jihad besar iaitu menentang agama batil dan mengamanahkan para mukmin dengan tugas yang mulia ini. Hari ini, tugas mendedahkan kepalsuan sistem yang menyeleweng dan seterusnya memberikan komitmen yang tinggi di dalam usaha ini adalah suatu amanat penting yang tersandar di bahu setiap mukmin.
Sepanjang abad ke-20 sehingga ke saat ini, agama batil ini untuk pertama kalinya dalam sejarah tersebar begitu meluas. Dalam Quran, pengikut sistem agama yang batil membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan kebaikan dan mereka menganggap ayat-ayat Kami dan peringatan terhadap mereka sebagai olok-olok. (Surah al-Kahfi, ayat 56).
0 comments:
Post a Comment