Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan dua buah buku, termasuk karangan seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan diterbitkan Sisters-in-Islam (SIS).

Buku-buku itu dilarang kerana “mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya”.


Buku terbitan SIS berjudul Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism karya Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Bangi.


Ketua penolong setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abdul Razak Abdul Latif berkata, sebuah lagi buku yang diharamkan bertajuk Pelik Tapi Benar Dalam Solat karya Abdul Rahman Mohamed.


“Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya,” kata KDN dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Bernama, beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat

.*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

2 comments:

Abang Long said...

Pelik Tapi Benar Dalam Solat karya Abdul Rahman Mohamed.

Saya tidak tahu bahagian mana yang salah ?

Web Sutera said...

Sdr Abang Long,

Saya menerima khabar dari beberapa rakan, juga mengatakan bahawa tiada apa yang salah dari segi syarak Islam terhadap buku Pelik Tapi Benar Dalam Solat.

Entahlah...


Photobucket
top