Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Pada hemat saya, novel Ungu Karmila terbahagi kepada empat bahagian besar. Bahagian pertama merupakan sejarah awal Ungu Karmila, dari halaman 4 hingga ke 81. Bermula dari halaman 82 sehingga ke 290 penulis Ramlee Awang Murshid memberikan tumpuan kepada plot-plot yang berhubung kait dengan watak-watak utama.

Seterusnya debaran sebenar bermula tatkala berkumpulnya watak-watak utama di pejabat Arafat, iaitu bahagian ketiga, dari halaman 291 sehingga ke 456. Bahagian terakhir lebih kepada plot selepas terbakarnya Vila Sunyi di Puncak Rimba, Cameron Highland, dari muka surat 457 hingga ke epilog.


Bahagian pertama agak hambar. Namun ia penting sebagai pengenalan kepada sejarah Vila Sunyi dan bunga Ungu Karmila. Pendekatan berlainan dari novel-novel terdahulu Ramlee menampakkan kejayaan.
Penulis berjaya menggarap plot dan menjalin peristiwa di Vila Sunyi dengan amat baik. Bait-bait pendek dan mendebarkan. Bahagian ketiga ini menyukarkan saya untuk memberhentikan pembacaan saya.

Satu kekuatan Ramlee dalam novel ini beliau berjaya ‘menipu’ pembaca. Salah satu ialah plot yang dinukilkan selepas kejadian ngeri di mana semua pemburu hantu mati di Vila Sunyi. Saya berjaya ‘ditipu’ oleh Ramlee dengan watak Dr Ismadi bercakap-cakap dengan Ema, walhal pada waktu itu Ema sudah mati! Saya sedar watak Ema mati apabila kembali merujuk kejadian “tengkok Ema terlanggar salah satu tiang tangga semasa jatuh tergolek dari tingkat atas.”


Dalam pada itu, ungkapan “Ia makan untuk hidup tetapi ia tak pernah minum” menjadi satu misteri tersendiri. Saya mencari-cari apa maksudnya sehingga hampir ke penghujung cerita. Di situ baru jumpa.


Gabungan unsur mistik dan kajian sains moden di bahagian terakhir novel ini berjaya dijalin dengan menarik oleh Ramlee. Di sini Ramlee cuba untuk mengaitkan kejadian hilang akal, gila dan halusinasi beberapa watak dengan kajian terhadap bunga Ungu Karmila oleh Dr Ismadi. Penulis berjaya mencipta plot bahawa kejadian aneh dan unsur mistik itu boleh dijelaskan dengan penemuan sains.


Beberapa ralat, saya kira, adalah seperti berikut:

  1. Halaman 203: “BADO senang mendengar impian Kamarul yang serba kekurangan itu.” Sepatutnya bukan BADO tetapi DINO.
  2. Di kulit belakang, ada dinyatakan Vila Sepi, tetapi di halaman dalam pula semuanya merujuk kepada Vila Sunyi. Silap taip mungkin?
Walaupun begitu, ralat di atas tidak pula mencacatkan ‘debaran’ yang Remlee paparkan!

8 comments:

Sabiah said...

Ada satu lagi bahagian yg dah ramai org sedar kesilapan penulis.

Mula2 watak Karmila dikatakan berkulit hitam manis,kemudian sebaliknya pulak.Putih.

Tapi pihak editor dah maklumkan memang ada kesilapan tu,tak disedari.

Anonymous said...

Betul sdr Sabiah. Mengenai kulit Karmila, baru saya teringat.

Terima kasih.

Abang Long said...

Wahai Saudara. TERIMA KASIH atas segala - galanya ! Hanya Allah sahaja yang berkuasa membalas pengorbanan saudara.


Tentang novel tersebut, pihak penerbit telah membetulkannya. Dimana cetakan kedua telah dilakukan perubahan dan pembetulan.

Web Sutera said...

Terima kasih Abang Long atas kunjungan ke teratak hamba.

Allah itu penyayang, pengasih dan penuh rahmat.

piz said...

Bersetuju dgn WS berkenaan Ema, memang penulis bijak menjadikan pembaca tidak terperasan dengan kematian Ema..., patutlah bapa Ema nk bakar vila ni... pembaca betul2 tertipu!

Penulis memang dpt mengolah sebuah karya serta dpt mengaitkan sesuatu perkara itu dgn fakta2 yg jelas.

Saya puas hati bace novel RAM ni... nk tung novel terbaru "Hijab Sang Pencinta" pula.

Anonymous said...

Cikgu Piz,

Saya pun tidak sabar untuk tunggu Hijab Sang Pencinta. Jangan Sunan mati sudah!

faizul darius said...

saya sudah baca buku ini, juga sudah mendapatkan tandatangan penulisnya. memang mendebarkan, saya suka babak akhir sekali tu. rupa-rupanya ia hanyalah bayangan doktor itu saja.

Anonymous said...

Terima kasih sdr Faizul. Ya, semua berhalusinasi, hehehehhe..


Photobucket
top