Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Dunia penerbitan buku negara kelihatannya sedang mengorak langkah ke satu era baru. Sejak sekian lama pasaran buku sains fiksyen (sai-fi) Malaysia dibanjiri oleh buku-buku berbahasa Inggeris, kini tidak lagi. Saya melihat inisiatif beberapa penerbit memulakan penerbitan buku genre ini satu perkembangan yang sangat dialu-alukan.

Langkah penerbit seperti Pelangi yang menerbitkan siri Harry Porter dalam versi Bahasa Melayu menunjukkan bahawa pasaran buku sai-fi di Malaysia memang ada. Walaupun siri Harry Porter itu merupakan siri sai-fi yang cukup ramai pengikut di seluruh dunia yang menggunakan medium Bahasa Inggeris, namun versi Bahasa Melayu tetap terjual.

Kita di Malaysia mungkin agak ketinggalan dalam menterjemah karya-karya sai-fi mahupun novel-novel popular ke dalam Bahasa Melayu, tidak seperti mana di Indonesia. Saya melihat banyak karya penulis barat seperti Tom Clancy, Micheal Cricton dan John Grisham diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia, dan ada dipasarkan di Malaysia. Indonesia memang sudah mendahului kita.

Langkah bijak yang diambil penerbit PTS Publications & Distributors (PTS) menerbitkan novel sai-fi Tunnels (Terowong) ke Bahasa Melayu moden memang harus dipuji. Menurut Presiden PTS, Puan Ainon Mohd, “Jualan siri Harry Potter terbitan Pelangi Books menunjukkan para remaja membeli puluhan ribu naskhah siri itu, meskipun kualiti terjemahannya jauh daripada memuaskan.”

Mengenai Tunnels, beliau berkata, “Statistik jualan buku Tunnels terbitan PTS juga menunjukkan novel itu diterima baik oleh pasaran remaja, meskipun novel itu belum dijadikan filem, manakala publisitinya juga tidak banyak.”

Apa yang dibanggakan ialah PTS juga sedang aktif menjuarai penerbitan buku-buku sai-fi yang berasaskan masyarakat Malaysia. Antara intipati kandungan novel sai-fi tersebut ialah penerapan budaya dan ajaran Islam yang indah sebagai dasar cerita. Terkini ialah Alaf21 yang tidak mahu ketinggalan mengisi ruang kosong keperluan novel sai-fi negara.


*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi halal Cina & India, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

4 comments:

ainon mohd said...

Katering, ketering juga.

Mana buku bisnes katering?

Web Sutera said...

Assalamualaikum Sifu.

fadz said...

ohhhooo, kat sini rupanya! wah, bagus juga yah! syabas dan selamat maju jaya..! katering2 ni menarik juga ya..

Web Sutera said...

Assalamualaikum sdr Fadz,

Ya saya 'berkampung' di sini, sebagai hobi & tanda sokongan kepada buku dan dunia penerbitan.

Katering, insyaallah, sokonglah saya ya! :-)

top