Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saat jam awal pagi berdetik ke 1.14 am, selesai sudah saya membaca buku Empayar Minda Muslim: Modul Tarbiah Asas Alaf Ketiga, oleh Dr. Danial Zainal Abidin, terbitan PTS. Pada mulanya saya jangka buku ini biasa-biasa sahaja, dengan memaparkan persoalan iman dan amal serta rukun-rukun dalam Islam. Alhamdulillah, telahan saya jauh meleset. Pendekatan yang diketengahkan oleh penulis amat berlainan dan memberi satu ‘sebatan’ nasihat kepada saya.

Saya salin semula perenggan terakhir buku ini sebagai semangat untuk meneruskan perjuangan Islam dan melangsungkan kehidupan, sebelum kita berehat sebentar.

[ Inilah contoh golongan yang hendak kita lahirkan pada hari ini. Harapan ini akan menjadi kenyataan apabila kita bekerja keras mendidik umat Islam terutama daripada kalangan generasi muda, bagi memahami, menjiwai dan menghayati Islam. Kejayaan sesuatu tarbiah dan pendidikan banyak bergantung kepada kualiti pendidik, modul atau minhaj yang digunakan, suasana dan persekitaran, serta sikap umat Islam sendiri. Usaha-usaha ini mestilah berterusan dan tidak sekadar melepas batuk di tangga. Setiap individu perlu mengetahui mesej Islam secara yang betul dan selepas itu beramal serta berperanan di penjuru masing-masing. Kita tidak perlu menanti kemunculan Imam Mahdi kerana berpandukan riwayat Muslim, Nabi (Muhammad) S.A.W bersabda; “Akan sentiasa ada satu golongan daripada umatku yang memperjuangkan kebenaran secara bersungguh-sungguh sehingga hari kiamat.” Ketika berjuang aspek yang tidak boleh kita abaikan ialah tawakal dan pergantungan kepada Allah pada setiap ketika. Semoga Allah membantu kita. ]

0 comments:


Photobucket
top