Tidak sekadar berperanan sebagai pusat pendidikan Islam sahaja malah juga berfungsi sebagai pusat membiayai pengajian anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan.
Walaupun tidak pernah memperolehi sebarang bantuan dari pihak kerajaan (negeri atau pusat), namun begitu, alhamdulillah ia semakin membangun. Inilah keberkatan membantu anak-anak yatim.
Demi memastikan keutuhan akidah, kemantapan ilmu dan keindahan akhlak, maka pihak pentadbir madrasah sentiasa memantau pendekatan yang dilaksanakan bagi menjamin kejayaan hakiki yang diimpikan iaitu 'Hasanah Fid Dunia Wa Hasanah Fil Akhirah' (Kebaikan Di Dunia Dan Kebaikan Di Akhirat).
Madrasah ini ada menerbitkan buku-buku agama yang boleh dibeli. Jika anda membeli buku-buku terbitan mereka, anda sudah bersedekah kepada anak-anak yatim yang menghuni madrasah ini.
4 comments:
Salam hormat wahai saudaraku. Sama - samalah kita membantu yang termampu.
Yang penting IKHLAS dalam perjuangan.
Assalamualaikum Abang Long,
Sudah sihat? Alhamdulillah! Ya, sama-sama kita membantu, setakat yang termampu.
Alaf21fc,
Perjuangan diteruskan. Saya setuju, yang terpenting ialah ikhlas.
Post a Comment