
Bahan bacaan yang pelbagai dari kita suci Quran, buku-buku hadis, sirah para nabi, kisah sejarah manusia, buku ilmiah yang mencakupi berbagai bidang ilmu sehinggalah novel fiksyen boleh mengajar kita erti kehidupan. Justeru semua bahan penulisan adalah kisah kehidupan yang telah berlalu, kini dan akan datang, ianya sudah pasti memberi kita pengalaman berguna kerana mustahil semua pengalaman dan kisah yang manusia lalui itu akan dapat seseorang manusia lain lalui sendiri semuanya.
Kita kutip, faham, serap dan praktikkan ilmu yang didapati dari pembacaan di sepanjang hidup kita di dunia ini, dan dalam masa yang sama pengalaman yang dikutip boleh menjadi sempadan diri dari diceroboh sebarang anasir yang tidak sesuai dengan nilai-nilai murni kehidupan.
Akhirnya peranan penulis mestilah jelas. Setiap penulis harus memiliki sifat murni dalam menghasilkan setiap buku supaya apa yang dipaparkan lewat tulisan dan grafik bakal menjadikan setiap pembaca berjaya mencari erti sebuah kehidupan, sementara kita masih berupaya.
0 comments:
Post a Comment