Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Misi Piramid: Agak Sukar Tetapi Mengasah Minda


Saya memiliki novel Misi Piramid hasil buah fikiran Ida Munira Abu Bakar, terbitan PTS One Sdn Bhd beberapa hari lalu. Tahukah anda apa faktor pertama yang membuat saya teruja untuk membelinya? Kulit dan desain belakang novel ini. Jadi saya hendak nyatakan bahawa kata-kata ‘Don’t judge the book by its cover’ tidak boleh diguna pakai kerana memang desain kulit buku atau novel memainkan peranan penting sebagai daya penarik pertama.


Selepas itu baharulah saya lihat isi kandungan dan rekabentuk teks dalam novel ini; juga menarik. Terus terang saya nyatakan, walaupun novel ini ditujukan kepada golongan remaja, saya yang sudah menghampiri 40 tahun pun masih teruja dengan novel ini. Inilah bentuk novel fantasi yang harus diketengahkan oleh penerbit Melayu.


Saya masih belum membacanya. Anak dara saya yang bersekolah di sekolah rendah dalam tahun empat sudah mulai menelaah novel ini. Komen pertama anak saya, “Buku ini susah sikit untuk difahami. Isinya berat." Saya berkata kepadanya, “Memang sukar sedikit. Tetapi novel ini mengajak kita supaya berfikir dan mengasah minda supaya kreatif dalam menyelesaikan masalah."


Isinya ialah dunia fantasi. Novel ini mengisahkan seorang remaja, Zek yang menghabiskan cuti akhir tahun dengan membaca di khazanah ilmu di rumah pusaka datuknya. Tanpa disangka suatu kejadian aneh menimpa dirinya sehingga tercampak ke sebuah dunia fantasi.


0 comments:


Photobucket
top