
Dalam pada itu, ada juga segelintir penerbit buku yang mengambil sikap sambil lewa dalam aktiviti promosi buku. Bagi mereka, sudah cukup menerbitkan buku, hantar ke kedai mamak atau kedai buku, dan selepas itu mengharapkan penggemar buku membelinya. Kalau beginilah caranya bisnes mereka, alamat tidak lama akan lingkuplah penerbit tersebut. Saya bukan mendoakan, tetapi itu realiti yang harus kita ambil perhatian.
Ada
Ambil satu contoh. Dalam dunia buku tempatan, siapa yang tidak kenal dengan Dr Fatimah Busu. Novel beliau Salam Maria setebal 653 halaman, diterbitkan Absolute Press dengan persetujuan penulis, tetapi tanpa perjanjian hitam putih kedua-dua pihak.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, “Dr Fatimah yang terpaksa menanti 22 tahun untuk melihat karyanya yang penuh dengan kontroversi itu berada di pasaran kerana ditolak oleh beberapa penerbit sebelum itu, bukan saja kecewa akhirnya kerana Salam Maria ‘diperkosa’ oleh editor, tetapi turut dinafikan royaltinya.”
Meskipun sudah berada di pasaran sejak 2004, sehingga kini pengarang terbabit tidak menerima walau sesen royalti daripada penerbit meskipun Salam Maria sukar ditemui di kedai buku dan lebih
Apa sudah jadi? Secara peribadi, saya mengenali tuan punya Absolute Press. Saya tidak sangka dia sanggup berbuat demikian terhadap Dr Fatimah Busu. Mungkin tiada niat sebelumnya, tetapi tindakan ‘melarikan’ diri dan menerbitkan buku Dr Fatimah tanpa perjanjian adalah satu kesalahan serius.
Pesanan saya kepada rakan itu, serahkan balik hak Dr Fatimah Busu!
Berkaitan: SALAM MARIA: Bagaimana pemahaman Dr Engku Maimunah?
0 comments:
Post a Comment