Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Ingatlah, cinta agung cinta Rasulullah terhadap umat; Cinta suci cinta Khatijah pada Muhammad;

Cinta indah cemburu Aisyah pada Khatijah; Cinta anak cinta Fatimah Az-zahrah pada Muhammad

2 comments:

Anonymous said...

UJANA AGUNG

Tika ujana agung itu
kutelusuri dengan putih hati
kutemui
kuntum-kuntum ilmu
lalu kuhirup madu hikmahnya.

KUCARI DAMAI CINTAKU

Di sudut bait-bait ayatMu
kucari erti cinta
kucari makna rindu
kuhidu rasa indah
bersamaMu

Sdr,

Setelah saya edit karya saudara di UNIKA, cuba saudara perhatikan apa yang tidak kena pada puisi saudara. Saya bukan mahu mengajar sekadar membantu saudara agar saudara faham permainan bahasa puisi.

Setelah saudara faham cuba saudara baiki puisi saudara semula. InsyaAllah saya bantu saudara setakat yang saya mampu. Itu pun jika saudara benar2 mahu belajar menulis puisi :D

~wanita~

Web Sutera said...

Sdr Wanita,

Terima kasih atas nasihat. Erm, indah sungguh bait-bait yang sdr tuluskan. Saya faham dengan niat sdr.

Dua perenggan yang berbeza kata, tapi sama erti dalam maksud; itulah kelemahan saya yang amat ketara. Sebab itu saya kategorikan puisi saya 'puisi tidak puitis'


Photobucket
top