Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Kucari damai cintaku

Di sudut bait-bait ayatMu
kucari erti cinta
kucari makna rindu
kuhidu rasa indah
bersamaMu

Tuhan
kutelusuri firmanMu
lewat tafsir kataMu;
kujelajah kitabMu
suci indah
helaian bait cintaMu

bantulah hamba
pimpinlah daku
kucari damai
bersama cintaMu

2 comments:

Anonymous said...

Mengapa dilabelkan sebagai puisi tidak puitis? Jangan merendahkan bakat sendiri. Nanti motivasi tidak bangun2.

~zalisa maz~

Web Sutera said...

Sdr Zalisa Maz,

Terima kasih atas komen. Memang puisi saya tidak puitis, namun itulah motivasi saya untuk terus berpuisi.

Saya menyambung minat berpuisi yang berputik semasa di sekolah menengah dahulu...lama tu baru nak sambung, hihii...

top