Pembacaan membina syahsiah diri
Membaca adalah satu minat, kegemaran dan hobi yang mulia. Melalui pembacaan bahan-bahan yang bermutu, kita akan berjaya membina sifat dan sahsiyah diri ke arah yang lebik baik. Membaca merupakan satu kaedah pencarian ilmu yang sangat-sangat dituntut oleh Islam kerana dengannya kita dapat ilmu dan pengalaman yang bakal menuntun kehidupan seharian.
Bahan bacaan yang pelbagai dari kita suci al-Quran, buku-buku hadis, kisah sejarah manusia, buku ilmiah yang mencakupi berbagai bidang ilmu sehinggalah novel fiksyen boleh mengajar kita erti kehidupan. Justeru semua bahan penulisan adalah kisah kehidupan yang telah berlalu, kini dan akan datang, ianya sudah pasti memberi kita pengalaman berguna kerana mustahil semua pengalaman dan kisah yang manusia lalui itu akan dapat seseorang manusia lain lalui sendiri semuanya.
Kita kutip, faham, serap dan praktikkan ilmu yang didapati dari pembacaan di sepanjang hidup kita di dunia ini, dan dalam masa yang sama pengalaman yang dikutip boleh menjadi sempadan diri dari diceroboh sebarang anasir yang tidak sesuai dengan nilai-nilai murni kehidupan.
0 comments:
Post a Comment