Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

7 Syawal 1432H - Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan membukukan biografi pejuang Mat Indera termasuk mewawancara mereka yang mengenali allahyarham terutama keluarga terdekat.

Pengarah operasinya, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, ini ekoran sejak ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan oleh akhbar Utusan Malaysia dan media-media perdana milik Umno, nama Muhammad (Ahmad) bin Indera atau Mat Indera mulai dikenali oleh orang ramai terutama golongan muda.


Katanya, profil ringkas beliau mula terpapar di ruangan maya termasuklah dimuatkan di dalam Wikipedia berbahasa Melayu.


“Ceramah Mohamad Sabu yang telah disensasikan ini, bukan sahaja telah mempopularkan nama Timbalan Presiden PAS tersebut, malah sejarah berkaitan dengan Mat Indera mula disoroti semula sehingga menuntut kepada satu kajian yang lebih mendalam tentang biografi beliau,” katanya kepada Harakahdaily.

Berbeza dengan tokoh-tokoh golongan kiri yang lain, katanya Mat Indera tidak begitu dikenali disebabkan beliau meninggal dunia dalam usia yang begitu muda, iaitu sekitar awal 30-an.
Tambahnya, tidak banyak diketahui tentang beliau melainkan melalui sejarah yang ditulis berkaitan dengan peristiwa serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong.

Beliau berkata, di dalam peristiwa tersebut Mat Indera telah dilabelkan sebagai pengganas dan bersubahat dengan komunis seperti yang digembar-gemburkan oleh media-media arus perdana.


Katanya lagi, disebabkan gambaran tersebut, perjuangan Mat Indera keseluruhannya dilihat dari sisi yang negatif sehingga kaum keluarganya dipercayai tertekan dengan tanggapan-tanggapan tersebut.

Bagaimanapun, ujarnya telah ada usaha-usaha untuk mengkoreksi semula sejarah perjuangan Mat Indera seperti yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Johor dalam buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan pada tahun 2004.


Di dalam buku tersebut, sejarah perjuangan Mat Indera telah dilihat dari sudut yang lebih adil termasuklah memaparkan rentetan perjuangan beliau untuk menuntut kemerdekaan.
“Secara tidak langsung, melalui buku ini ketokohan beliau turut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor apabila Menteri Besar Johor
sendiri telah memberikan prakata di muka hadapan buku ini. PPP melihat usaha Yayasan Warisan Johor ini merupakan satu langkah yang baik untuk meluruskan semula sejarah berkaitan dengan Mat Indera,” ujarnya.

Menurutnya, PPP telah mengenal pasti beberapa orang penulis untuk terlibat dengan penulisan buku ini, di samping akan melakukan sendiri kajian melalui kaedah kajian perpustakaan dan kaedah wawancara deng
an mereka yang mengenali Mat Indera, terutama kaum keluarga mereka.

Selain daripada itu, jelasnya PPP juga akan menyahut jemputan beberapa orang tokoh sejarah seperti Profesor Emeritus Khoo Kay Kim dan Profesor Ramlah Adam yang bersedia mendedahkan dokumen-dokumen versi mereka.


PPP juga, kata beliau merujuk kepada dokumen sejarah golongan kiri seperti memoir-memoir tokoh mereka, seperti Memoir Shamsiah Fakeh yang antara lain pernah menyebut
Mat Indera belum pernah menyertai PKM sehingga beliau dihukum bunuh.

“Penerbitan buku ini merupakan sebahagian kecil daripada usaha PPP untuk meluruskan semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara, setidak-tidaknya memberikan keadilan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang selama ini telah digelapkan jasa-jasa mereka.


“PPP memberi perhatian terhadap Mat Indera bukan sahaja disebabkan nama ini disebut oleh Timbalan Presiden P
AS, tetapi juga disebabkan Mat Indera ini merupakan golongan agamawan, malah ada maklumat tidak rasmi yang menyatakan beliau hafiz al-Quran,” ujarnya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada maklumat tersebut, latar belakang beliau adalah seperti perwatakan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain tokoh agamawan yang mempelopori perjuangan kemerdekaan.


(Artikel asal dari Harakahdaily. Di bawah juga rencana tulisan Harakahdaily)


Umno telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera (gambar) adalah pengkhianat bangsa. Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, Umno tidak cermat mengulas isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong yang membabitkan Mat Indera.


"Mereka (Umno) telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera pengkhianat bangsa. Sedangkan dalam buku Pengukir Nama Johor mengiktiraf
Mat Indera sebagai pejuang bangsa,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor itu dinaungi oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri. "Saya sebagai Ketua Pemuda PAS Johor sangat kecewa dengan tindakan Umno yang tidak mengiktiraf jasa Mat Indera. "Saya yakin seluruh rakyat negeri Johor terguris dan kecewa dengan tindakan Umno,” ujarnya.


Di akhir biografi ringkas Mat Indera di dalam buku tersebut, penulis ada menyebut: "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan h
ak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Sementara itu, walaupun Mat Indera dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, namun menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang.


Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.
(Sumber Harakahdaily)

Komen saya


Demi sebuah pencer
ahan, saya amat menyokong usaha ini. Telah ada usaha-usaha untuk mengkoreksi semula sejarah perjuangan Mat Indera seperti yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Johor dalam buku berjudul Pengukir Nama Johor yang diterbitkan pada tahun 2004.

Kata seorang teman saya, “Hizam, seperti joke yang selalu kita dengar - sejarah ialah "HIS-STORY". Jadi sejarah ialah relatif kepada siapa yang menulisnya.”


Novel sejarah Shamsiah Fakeh sudah ditulis oleh Puan Azzah Abdul Rahman dan diterbitkan oleh PTS. Siapa berani menentang arus membetulkan sejarah berkenaan Mat Indera? Rujukan sudah ada.
Untuk kes Shamsiah Fakeh, saya petik ayat-ayat di bawah dari laman web penerbit PTS.

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata, “Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku."


Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan Shamsiah Fakeh adalah sosok yang pernah menjadi pemimpin, pejuang dan tetap seorang perempuan. Sebagai pemimpin beliau berkata, “Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.”

Sebagai pejuang, “Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka.”

Sebagai seorang perempuan, “Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.” Masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita? Novel ini punya jawapannya.

Berkaitan:
Sejarah kemerdekaan dicoret demi politik cemar UMNO!
5 Syawal 1432H - Tunku Abdul Rahman hero, Datuk Onn juga hero? Ya okey, mereka mungkin hero kemerdekaan atau perunding kemerdekaan. Insan-insan lain yang tidak bernama lagi hero kerana benar-benar berjuang. Justeru kerana mereka bukannya berjuang atas tiket UMNO, maka UMNO cuba menggelapkan mereka dari sudut sejarah negara. Sudah lama dahulu saya memikirkan hal ini. Sejarah Malaysia yang dipaparkan dalam teks sekolah hanyalah pandangan UMNO sahaja. Ya, demi politik cemar.

Fahaman Komunis kekal aliran yang salah, malah haram hukumnya dalam Islam jika mendokong ajaran itu. Namun begitu, adu domba dan fitnah juga salah satu yang diharamkan oleh ajaran Islam.

Akhbar jahanam Utusan Malaysia terus begitu. Fitnah, putar belit dan adu domba. Itulah selamanya.


Rakyat perlu berjiwa besar menghadam sejarah sebenar - SAMM


Isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950-an telah dikenang sebagai serangan kumpulan pengganas ke atas sekumpulan anggota polis yang bertahan di rumah pasong. Persepsi ini telah ditulis oleh pengkaji sejarah mengikut acuan pihak tertentu bagi menyembunyikan hakikat sebenar – pihak yang menentukan apakah kriteria pejuang kemerdekaan.


Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin (kini Tan Sri) membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi betapa pihak yang menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu adalah pengganas, sedangkan gerakan yang diketuai oleh Mat Indera juga sebenarnya harus dikenang sebagai salah satu serangan ke atas kubu British yang menjajah Tanah Melayu untuk beberapa abad lamanya.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan ingin menegaskan bahawa sejarah kemerdekaan negara harus segera dikaji semula oleh pengkaji sejarah yang tidak berkepentingan selain daripada merekodkan sejarah sebenar, bukan oleh pengkaji sejarah upahan yang menulis berdasarkan telunjuk pihak yang menang bagi menutup sejarah di sebalik sejarah.


Tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (foto atas) mengulas mengenai peristiwa Bukit Kepong dan watak sebenar Mat Indera dalam ceramahnya harus dipuji kerana ia membangkitkan ghairah rakyat terutamanya dari golongan anak muda untuk mengetahui sejauh manakah British itu dianggap sebagai penjajah dan apakah dengan menyerang British itu akan dianggap sebagai pengkhianat di Tanah Melayu.


Pihak polis di rumah pasong Bukit Kepong itu juga bertugas bagi mempertahankan kepentingan British seperti estet getah dan ladang. Adakah pasukan polis ketika zaman jajahan British menunjukkan taat setia mereka terhadap Queen of England apabila lagu "God Save the Queen" didendangkan setiap kali lawatan pegawai tertinggi British? Ini juga persoalan yang harus digali semula untuk rakyat mengetahui sejarah penentangan penjajah yang sebenar.


Ia berkait rapat dengan proses menuntut kemerdekaan apabila semua kumpulan, kesatuan dan pertubuhan yang bergerak menuntut kemerdekaan telah diharamkan kecuali UMNO. Kumpulan penuntut kemerdekaan ini akhirnya dituduh sebagai pengkhianat dan pengganas hanya kerana menentang British yang statusnya masih lagi penjajah di Tanah Melayu ketika itu. Turut menjadi persoalan ialah, mengapa UMNO sahaja yang dibenarkan berkempen untuk merdeka sedangkan banyak lagi pergerakan menuntut kemerdekaan. Adakah UMNO membenarkan pertubuhan mereka menjadi talibarut British demi untuk merdeka di atas acuan penjajah?


Oleh yang demikian, SAMM Wilayah Persekutuan di atas rasa tanggungjawab ke atas sejarah negara yang dikhuatiri terperosok, harus digemburkan semula untuk tatapan rakyat. Sejarah peradaban negara juga seharusnya disifatkan dengan lebih keterbukaan kerana ia membentuk asal usul kita rakyat Malaysia. Rakyat juga harus lebih terbuka dan berjiwa besar untuk menerima hakikat sebenar sejarah negara, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan proses menuntut kemerdekaan.


Bagi kami anak muda inilah satu peluang sangat baik sempena pasca hari kemerdekaan ke-54, untuk rakyat mengasak pihak berwajib bagi menampilkan sejarah sebenar kemerdekaan negara. SAMM akan ke hadapan bagi merealisasikan apa itu sejarah.


“Perjuangan adalah Perlaksanaan kata-kata."


-- Oleh Shariful Azmir Bin Haji Mustafa, Penyelaras Negeri, Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan.


Di bawah ini pula petikan kenyataan AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.


Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari sultani Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik. “UMNO dan penjajah yang tuduh Mat Indera komunis.”


Beliau mengulas serangan UMNO dan medianya yang bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mencadangkan agar sejarah negara dikaji semula. Ini berikutan daripada dakwaan bahawa UMNO melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.


Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan UMNO sebagai penjahat menyerang hero, iaitu polis yang mempertahankan balai itu. Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.


Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu. Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu.


Antara pihak yang menentang Inggeris adalah pejuang Islam yang dipelopori oleh Abu Bakar Al-Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan juga komunis.


Namun kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan, dan sejarah negara yang dipimpin UMNO hanya menyatakan hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman. Padahal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British.

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top