Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

3 Ramadan 1432H - Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahu alaihiwasallam) berkata bagi mengisahkan sebuah kehidupan selepas mati:

“Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

“Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, lalu dua malaikat Mungkar dan Nakir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Namun lelaki kacak itu berkata, “Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.”

“Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, “Aku adalah al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.”

“Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak itu mengatur untuknya daripada (dengan bantuan) Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur daripada sutera yang dipenuhi bauan kasturi. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) berkata, “Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.””

Berkaitan: Tazkirah Ramadan untuk aku dan engkau (1)
1 Ramadan 1432H - Dalam usaha meraih cinta Allah, nafsu sering sahaja melorongkan ke liku-liku denai yang kelam. Dalam usaha memimpin dan menjamah rezeki anugerah Allah, kadang kala tuntunan syaitan cuba melencongkan ke jurang neraka. Oleh itu berdoalah supaya ditetapkan hati kita kekal di jalan-Nya nan satu.

Jangan dikutip duri beracun yang dipandang indah oleh nafsu di dunia. Kelak ia bergumpal menjadi bara neraka yang panasnya hanya Allah jua yang Maha Mengetahuinya. Aku memohon keampunan-Mu, ya Allah.


Amalkan banyak membaca di bulan mulia ini, terutamanya al-Quran, buku agama serta terjemahan dan tafsir al-Quran. Masyarakat Islam di Malaysia kurang memberi perhatian berat dalam perihal ini. Apa yang selalu menjadi budaya ialah pesta makanan, mengisi perut dan bermula dari pertengahan Ramadan, mula berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.

Sahabat aku, Tuan Abang Long, membalas status FB, "
Bila kita dekat dengan al-Quran dan memahami isi kandungannya, barulah kita tahu bagaimana hendak memilih pemimpin ummah. Islam itu luas dan hebat.

Islam itu juga mudah dan amat sesuai dengan fitrah kejadian makhluk manusia dan alam. Cuma manusia yang kerap tersasar dalam mencari sistem keadilan dan nilai.


Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam) berkata, "Terimalah dengan penuh kerelaan apa sahaja yang telah Allah berikan kepadamu, nescaya kamu menjadi manusia paling kaya."

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top