Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan berkata 'ahli Umno tidak masuk syurga' dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutarbelit kenyataannya itu.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwanya telah menokok tambah kenyataannya itu.


Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Abd. Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga. Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana menyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Abd. Aziz.


Harakahdaily
melaporkan Nik Abd. Aziz berkata beliau biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, "saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain. “Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya 18 Ogos 2009.

Nik Aziz berkata, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga. "Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.


Nik Aziz turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. "Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu itu, ini semua tidak lain tidak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ini jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno," ujarnya.



Mengenai kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Abd. Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

Berkaitan: Nizar/Zambry: Milenia Muslim tidak beramanah

0 comments:


Photobucket
top