Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan 13 penerbitan kerana mengandungi penulisan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk bacaan umum. Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Abdul Latif berkata sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh memudaratkan moral masyarakat.
Penerbitan itu ialah seperti berikut, Cinta Awak Dalam Sehari, Pengantin Remaja, Masalah Seksual Yang Anda Malu Tanya, Rahsia Dalam Rahsia Di Sebalik Tirai Kamar Suami Isteri, Isteri Romantik di Kamar Yang Indah dan Suami Romantik di Kamar Yang Indah.
Tajuk lain yang lebih sadis dan celaka yang turut diharamkan ialah Senggama Kubur, Rintihan Jiwa Seorang Lesbian dan Serakah Anak-anak Zombie.

Buku Menyingkap Rahsia Keistimewaan Wanita, Permata Gemilang dan Khazanah Mutiara Hikmah Suami Isteri, Bakal Pengantin, dan Oh Fazrah turut diharamkan.
Saya kira buku atau penerbitan ini banyak dijual di kedai-kedai buku kecil yang bersepah di sekitar
Menurut hemat saya beberapa majalah hiburan yang memaparkan gambar dan aksi yang menjolok mata patut juga diharamkan, seperti Mangga.
"Pewartaan Perintah Larangan ini adalah menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 dan adalah menjadi satu kesalahan menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta itu sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan larangan yang dilarang," kata Abdul Aziz.
Abdul Aziz berkata jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

0 comments:
Post a Comment