Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Salam Jumaat kepada sahabat semua. Beberapa hari ini timbul perihal Chin Peng ingin kembali ke Setiawan, Perak. Alamak! Kebetulan Perak pula, aduhai, hihihi. Saya secara peribadi kesihan kepada Chin Peng yang sedang bernostalgia di akhir hayatnya. Namun, sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat, saya tidak izinkan dia kembali! Baca di sini sedikit entri saya sebelum ini.

Sementara itu Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, fahaman-fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam termasuk komunis dan nasionalisme perlu ditolak.


"Mengapa kita takut sangat hal ini. Rakyat negara ini bukannya buta sejarah, kita seharusnya sedar. Fahaman komunis hanyalah sebahagian sahaja dari pelbagai fahaman.


"Orang komunis dan nasionalis sama sahaja seperti adik beradik kerana sama-sama menolak hukum Islam.


Saya paparkan fakta sejarah yang saya dan saudara mungkin tidak berapa tahu bahawa Chin Peng rakyat Britain.


Juga baca fakta dalam
Wikipedia.

Buku: My Side of History by Chin Peng


KUALA LUMPUR, 28 Mei 2009: Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya.

Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim yang berkata Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam Daerah Dinding.


Beliau berkata Daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang merupakan tanah jajahan British.


"Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.


"Mengikut fakta sejarah itu, maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia.


Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke negara ini atas dasar kemanusiaan kerana beliau bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara.


Kenyataan Teng itu menerima tentangan keras daripada pelbagai pihak terutama persatuan-persatuan bekas anggota polis dan tentera yang mana sanak-saudara dan rakan seperjuangan terbabit secara langsung dan menjadi mangsa kekejaman komunis terutama ketika era darurat antara 1948 hingga 1960.


Cubaan Chin Peng untuk menetap di negara ini melalui sistem perundangan juga gagal dan ditolak mahkamah pada 30 April lepas.


"Kalau Chin Peng nak balik Britain mungkin tiada masalah. Tapi jika nak balik ke Malaysia, kena buktikan yang beliau rakyat Malaysia," kata Prof Khoo yang menegaskan ramai pihak beranggapan hanya orang Melayu yang dibunuh komunis semasa darurat sedangkan hakikatnya ramai Cina dan India yang turut dibunuh.


Beribu-ribu orang awam dan anggota pasukan keselamatan terbunuh semasa Chin Peng dan rakan-rakannya melancarkan perang gerila dari hutan dari 1948 sehingga kepada peletakan senjata mereka pada 1989.


Beberapa hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia bagi mengelakkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era darurat. (Sumber: Bernama)

2 comments:

org memali said...

chin peng ni tak payah balik la kot . kalau mati pun masuk dlm tanah juga . bukankah tanah tu dimana2 pun sama saja kecuali Mekah Madinah dan Baitulmuqaddis . tak kan chin peng nak pi sana , lainla kalau dia islam . Kalau balik pun cari penyakit ,nak buat apa balik . Nak kata terkenang kan kampung halaman tak kan la pulak kot sbb kampung halaman dia banyak . jadi ,dok la diam2 ditempat sekarang sambil tunggu masa .

Anonymous said...

kalaulah seperti dikata dan tercatat dlm sejarah dan diulas olih Prof Khoo , rakyat Penang dan Melaka adalah rakyat British sekiranya mereka lahir sebelum 1941 Begitu juga keturunan2 mereka yg lain , yg memerlukan permohonan untuk menjadi warganegara Tanah Melayu . Sekiranya ini benar , apakah status mereka sekarang .


Photobucket
top