Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Aku ke Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 pada hari kedua (Sabtu, 18 April 2009). Gerai yang pertama aku kunjungi ialah Alaf21 Sdn. Bhd kerana ada geng Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) yang mempromosi kelab. Berjumpa novelis Ramlee dan rakan-rakan dari RAMFC serta melihat peminat membeli novel beliau, autograf dan bergambar, membuat aku teruja. Memang Ramlee seorang penulis yang bertaraf selebriti, tetapi sangat merendah diri. (Foto kiri: Aku bersama Ustaz Riduan)

Seterusnya aku ke gerai Karangkraf, Nufair Street, Anbakri Publika, Jundi Resources, Utusan, Amen Boo
ks dan PTS. Lain-lain gerai jualan hanya setakat pandang sambil lalu sahaja. Aku ke gerai PTS sebanyak empat kali dan keempat-empat kali pengunjung penuh sesak. Apabila berjalan mesti berlanggar bahu, langsung tidak boleh masuk. PTS memang ramai peminat.

Kali keempat aku ke gerai PTS, sempat berbual-bual dengan saudara Faris Abdullah, salah seorang editornya. Kata Faris, “Tahun lepas tidak seramai ini.” Alhamdulillah, buku-buku terbitan PTS sudah mendapat tempat di hati pencari ilmu. Dan aku juga membuat kunjung hormat kepada Puan Ainon Mohamad, bos PTS. Sudah aku jangka, mesti kena beduk! Alhamdulillah, memang aku ada ‘hutang’ kepada Puan Ainon yang masih belum dilunaskan, aduhai! Nasihatnya kepada aku mengalir lancar ibarat seorang ibu menasihati anaknya. Terima kasih, Sifu.


Aku sempat juga berbual-bual dengan editor Majalah PC, saudara Jalaluddin; kartu
nis Gayour; Pengurus Besar Alaf 21, Encik Norden Mohamad; bos Jundi Resources, Ustaz Riduan Mohd Nor, penulis novel Bidadari Dari Timur, Ili Sarah Annual Bakri; dan Faisal Tehrani (foto kanan).

Untuk kunjungan kali pertama ini, aku sempat membeli buku-buku berikut:

Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani

Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron


Bidadari Dari Timur oleh Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri


Gaza Menangis oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor
Berkaitan: Laporan Faisal Tehrani dan Laporan Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid

7 comments:

Tirana said...

wow...seronoknya dapat jumpa penulis-penulis terkenal..

venuss66 said...

Hi, nice experience I suppose.

Web Sutera said...

Sdr Tirana, memang seronok.

For my buddy, Venus66, yes it's a nice experience. Thanks for visiting my blog. May God bless you & Malaysia.

Linda Amri said...

salam sahabat. mesti seronok rasanya berada dalam persekitaran buku dan orang-orang yang menghargai buku. klu berkunjung lagi, sampaikan salam saya pada faisal tehrani. saya dah jatuh cinta dengan karya beliau. :-) tak sabar nak mendapatkan ketupat cinta pula.

Linda Amri said...

salam sekali lagi saudara. boleh tak tolong dapatkan untuk saya ketupat cinta? nanti saya uruskan fulusnya sekali dgn belanja pos ye :-)

fadz said...

Salam Web Sutera, terima kasih atas kunjungan dan kehadiran saudara pada majlis yang tidak seberapa petang tadi, kehadiran saudara mmg satu penghormatan yg tidak ternilai.

Linda Amri said...

salam saudara. terima kasih kerana sudi nak tolong belikan Ketupat Cinta.

klu tak keberatan, sekiranya kebetulan Faisal Tehrani ada kat situ, saudara boleh tolong dapatkan autogeraf dia tak? klu FT takde, takpe, tak jadik masalah.

insyaAllah satu hari nanti klu dapat jumpa dia, nak minta dia sign semua buku2 dia yg saya dah beli, tunggu giliran nak dibaca je ;-)

terima kasih sahabat! sampaikan salam saya kpd chef ya ;-)


Photobucket
top