Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Novel Sentuhan Cinta sememangnya sebuah kisah cinta. Bukannya cinta muda mudi yang memabukkan, tetapi cinta yang satu; cinta kepada Pencipta cekerawala dan isinya. Cinta yang digambarkan dalam novel ini indah dan suci; cinta antara suami dan isteri; cinta antara anak dan ibu bapa; cinta adik beradik; cinta antara sahabat seagama; dan yang teragung cinta kepada Tuhan.

Sememangnya cinta sesama manusia jika didasarkan kepada cinta Tuhan, insyaallah akan menatijahkan unsur-unsur positif dalam kahidupan. Sudah menjadi sunnah kehidupan makhluk Tuhan, terkadang apa yang kita mahu, tidak semestinya kita perolehi. Juga apa yang kita dambakan bukanlah yang terbaik untuk seseorang itu. Turut benar ialah apa yang sangat kita cintai akan diambil kembali oleh Yang Maha Mencipta. Itulah antara intipati mesej yang hendak disampaikan oleh penulis novel ini.

Bukannya Tuhan tidak sayang kepada kita, bukan juga Tuhan sengaja menyusahkan kita. Kejadian yang membolehkan titisan air mata tumpah adalah sebagai tanda cinta Tuhan kepada insan. Itu sebagai hikmah Tuhan untuk meninggikan darjat manusia di dunia, dan pastinya lebih lagi darjat itu penting apabila manusia dihadapkan di mahkamah pengadilan di alam selepas mati. Itulah yang menjadi pegangan watak utama novel ini; Hurin Ain.

Sebuah novel yang sarat ilmu psikologi, ilmu jiwa dan nilai kasih sayang. Ia juga mengesahkan satu kenyataan bahawa pendekatan didikan orang tua terhadap anak-anak boleh membentuk peribadi dan jiwa seseorang sehingga dewasa.

Novel ini diindahkan dengan nilai-nilai Islam, saya syorkan kepada pembaca.


Tajuk: Sentuhan Cinta
Penulis: Haiza Najwa
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd (
www.alaf21.com.my), 2007
ISBN: 978-983-124-309-1
Halaman: 427 muka surat
Harga: RM18.00

3 comments:

Anonymous said...

how 'bout latest novel of haizanajwa with title kalimah jiwa. Can spare a little comment on that book? TQ

Web Sutera said...

Buddy,

To be honest, I don't read romance novel, either in Malay or English. But the Sentuhan Cinta is different.

I don't come across of Kalimah Cinta. Good ahh?

Anonymous said...

excellent. Like to share other's opinion on Kalimah Jiwa


Photobucket
top