Pada ketika ini saya sedang membaca dua buah buku; novel thriller teknologi The Terminal Man oleh Michael Crichton dan buku oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni bertajuk Kisah Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W (Intisari Dari Sirah).
Saya ingin menurunkan satu catatan dari buku Dr. Aidh yang menumpukan kepada kata Allah dalam surah al-Alaq, ayat 1: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan”. Namun begitu, saya mengubah sedikit sebanyak susunan ayat di mana perlu. Semoga sama-sama mendapat manfaat.
Saya ingin menurunkan satu catatan dari buku Dr. Aidh yang menumpukan kepada kata Allah dalam surah al-Alaq, ayat 1: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan”. Namun begitu, saya mengubah sedikit sebanyak susunan ayat di mana perlu. Semoga sama-sama mendapat manfaat.
"Sebahagian manusia berlebih-lebihan dalam percakapan mereka. Mereka meninggalkan jalan ilmu pengetahuan, menjauhkan diri dari ulamak, memusuhi pena dan kitab (buku). Kita wajib menuntut ilmu pengetahuan yang bermanfaat dengan dalil kata Allah, “Iqra”. Sebahagian ulamak terkenal mengambil kata Tuhan tersebut suatu kesimpulan bahawa membaca adalah sebahagian nikmat. Sesiapa yang membaca, maka dia akan dapat merasai nikmatnya.
"Sesiapa yang terhalang dari buku, terhalang dari mengetahui buku dan terhalang dari bersama buku, maka orang tersebut terhalang dari kebaikan yang sangat banyak. Ahli ilmu Islam berkata, “Bacalah dengan meminta pertolongan kepada Allah, bacalah dengan mewakilkan pada Allah (menitipkan bacaan tersebut pada Allah). Mulakanlah membaca dengan mengambil berkat dari basmallah (dengan membaca bismillah secara penuh)
2 comments:
Saudara,
Ada sebuah kitab(buku) dalam bahasa Arab bertajuk Qimah al-Zaman 'Inda al-Ulama' karya Abu Ghuddah. Buku ini menceritakan kisah-kisah para ulama' yang bersungguh-sungguh membaca dan menelaah ilmu. Sebagai contoh, ulama' terkenal Ibn Taymiyyah, ketika beliau asyik membaca dan mahu ke tandas, oleh kerana tidak mahu membuang masanya, beliau meminta pelajarnya membaca di luar pintu tandas tersebut dengan berkata, "Kuatkan suaramu agar aku dapat mendengar bacaaanmu". Kisah ini dinukilkan oleh pelajarnya sendiri.
Ulama' hadith terkenal, Ibn al-Jauzi, direkodkan menulis sebanyak 1000 jilid sepanjang hayatnya.
Sdr Kawakib Duriyah,
Terima kasih atas kunjungan. Maklumat yang sdr berikan amat berguna. Terima kasih kerana berkongsi info.
Saya dan tim sedang menyiapkan adaptasi kitab Ibnu Taimiyyah bersama PTS, bertajuk "Apa Quran Kata Mengenai Baik & Buruk"
Post a Comment