Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Buku masak: Masakan Mami

Oleh kerana saya melibatkan diri dalam bisnes katering, maka kali ini saya masukkan buku fasal masakan pula (sambil tersenyum). Bagi anda yang ingin mencuba kelainan memasak, apa kata anda cuba Masakan Mami dari utara sana (mana lagi, kalau bukan Pulau Pinang) yang telah diilhamkan oleh Hajah Fadhillah Hanoum G.M Yusoff. Buku ini terbitan Alaf21 Sdn Bhd.

Menurut penerbit, buku masakan ini menghimpunkan masakan daripada masyarakat 'mami' di sana. Terdapat 70 jenis resipi. Antara yang popular ialah Nasi Beriani Berlauk, Kari Kepala Ikan, Daging Rendang Nasi Kandar, Kacang Foul, Khasidah, dan Roti Mustafa.

0 comments:


Photobucket
top