Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

17 Zulkaedah 1431H - Saya memiliki satu buku yang dihadiahkan oleh rakan-rakan semasa saya berhenti dari syarikat JARING Communications Sdn. Bhd, bertajuk Tafsir Surah Yunus oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Buku tersebut dihadiahkan kepada saya pada 28 Jun 2006. Sebenarnya memang saya sudah lama mencari buku ini. Buku yang saya dapat ini adalah buku cetakan ke-2 (Mei 2002), berkulit keras bewarna merah, terbitan MHI Publication (laman web tidak saya temui). Tafsir yang beliau sampaikan cukup menarik.

Tetapi, sayang seribu kali sayang, seorang tokoh ulama dengan idea ilmu yang begitu baik, dicalarkan dengan sebuah terbitan yang menggunakan bahasa Melayu yang tunggang-langgang. Idea Tuan Guru (TG) Nik Abdul Aziz sudah amat baik. Namun pemegang hakcipta (Gerak Insan Sdn. Bhd.) dan penerbit yang kurang tahu bagaimana untuk mencantikkan bahasa supaya mesej TG Nik Aziz sampai ke pembaca telah menjadikan ilmu yang hendak disampaikan tidak terjelma.

Sepatutnya editor dan penerbit mengolah kuliah TG Nik Abdul Aziz dan kemudian disusun dengan menggunakan bahasa Melayu yang bermutu, tanpa menggunakan bahasa dialek Kelantan. Ini tidak, bulat-bulat disalin setiap patah perkataan TG Nik Abdul Aziz semasa beliau menyampaikan kuliahnya. Hasilnya banyak istilah dialek Kelantan digunakan dan susunan yang tidak munasabah.

Saya kira patut pihak MHI Publication belajar bagaimana hendak menghasilkan kitab yang bermutu dari PTS Publication dan Kemilau Publika Sdn. Bhd.

Dalam perkembangan yang sama, saya gembira kerana kompilasi tafsiran surah Yunus, Munafiqun dan Hadid yang menakungi limpahan fikrah TG Nik Abdul Aziz diterbitkan kembali oleh penerbit Anbakri Publika Sdn. Bhd. (Kini penerbit ini berpecah kepada dua, iaitu Kemilau Publika dan Rijal Media) dengan judul Hidayah.

Penerbit Anbakri menyatakan, "Bagi pembaca setia siri-siri kuliah tafsir Quran TG Nik
Abdul Aziz pasti teruja dengan metod penafsiran ’membumikan al-Quran’ yang berkitar dalam lingkungan realiti semasa. Bukan tafsiran membuta tuli seperti tafsir Quran gagasan pengamal liberalisme."

Berkaitan: Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?
Setiap ahli PAS kena baca buku mengenai politik – Nik Abdul Aziz

0 comments:


Photobucket
top