Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
7 Jamadilakhir 1432H - Ini info dari portal PTS, untuk kategori buku Bisnes dan Pengurusan. Senarai terlaris 1 Mei 2011 termasuk buku Buat Duit dengan Katering, pada kedudukan pertama dalam senarai. Syukur, segala puji untuk Allah.

Terima kasih PTS Profesional Sdn. Bhd, Tuan Aizat Razak, Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS), Tuan Imran Yusuf dan semua pihak. Paling utama pembeli dan pembaca. Semoga bermanfaat dalam mengisi ruang yang sekelumit ini.

Walaupun buku ini adalah sebuah ujana berkaitan bisnes katering yang bertujuan memberi panduan kepada bakal usahawan katering, namun tidaklah ianya mengandungi ayat-ayat yang susah untuk ditaakul. Ia tidak mengandungi jargon bisnes dan usahawan yang sukar difahami. Kaedah penulisan saya ialah teknik bercerita atau pun boleh dikatakan teknik penulisan novel.

Saya mencurahkan segala pengalaman seharian dalam membangun dan menjalankan bisnes katering yang sudah memasuki tahun keenam. Buku ini bukan sahaja sebagai panduan menceburi bisnes katering daripada pengalaman meraduk gelombang yang menghempas, malah ianya juga diisi dengan kisah-kisah benar.

Saya selitkan juga unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh. Saya mengakui bukan mudah untuk mempastikan bisnes kita menguntungkan. Namun begitu ianya juga bukan perkara mustahil. Seperti yang saya bentangkan dalam buku ini, jika kecil modalnya, maka kecil juga anda mulakan bisnes. Jika besar modalnya dan ada aliran tunai yang kukuh, besar pula skop katering yang boleh diceburi.

Dalam pada itu, laman UNIKA melaporkan Pengurus Jabatan Kewangan PTS melaporkan jumlah kutipan tunai daripada hasil jualan buku di dalam gerai PTS sepanjang 10 hari Pesta Buku PBAKL 2011 adalah RM830 ribu.


Jumlah ini adalah RM200 ribu lebih tinggi daripada kutipan pada pesta PBAKL 2010. Jumlah kutipan ini hanya di gerai PTS sahaja, belum termasuk di gerai-gerai lain yang turut menjual buku-buku terbitan PTS.

Berkaitan:
Testimoni buku Buat Duit dengan Katering oleh Tuan MBA
Biodata penulis buku Buat Duit dengan Katering
Buku Buat Duit dengan Katering: Berdasarkan pengalaman sebenar

Saya suka Buku Jingga!

0 comments:


Photobucket
top