24 Zulkaedah 1430H: Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.Buku Gaza Menangis: Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di
Sejarah perjuangan jihad, cintakan seni kematian menjadi obor di sepanjang sejarah Palestin. Sudut sejarah itu berjaya ditelusuri secara ringkas tetapi menyeluruh oleh penulis Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Aris Hazlan Ismail.
Pengalaman penulis dalam misi kemanusiaan ke
Walaupun buku ini tidak tebal (hanya setebal 193 halaman), namun ia ditintakan penulis sebagai penyaksian kejahatan rejim Yahudi Zionis semasa operasi Cast Lead, serangan paling kejam dekad ini. Ia membakar semangat jihad dalam diri saya.
Buku ini diterbitkan oleh Jundi Resources, berharga RM20.00. Saya membelinya semasa di Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 yang lalu.
Berkaitan: Anasir teroris adalah anak kandung Zionis
Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yasin





0 comments:
Post a Comment