Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said tiga hari lalu (Ahad, 7 Mac 2010) mengakui pengaruh PAS dalam melengkapkan perjuangan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Saya perlu mengaku bahawa gerakan (anti) PPSMI tidak boleh sampai ke tahap ini, tanpa sokongan orang-orang politik," jelas beliau dalam Majlis Memperingati Setahun Perjuangan GMP, di Shah Alam.


Melihat pada kejayaan GMP mengumpulkan lebih 100,000 rakyat menentang PPSMI pada 7 Mac tahun lalu, beliau meng
akui bahawa penyertaan parti-parti politik diperlukan untuk mempertahankan bahasa ibunda.

"Walau bagaimanapun pada hari itu, saya mulai sedar bahawa perjuangan bahasa ini tidak mungkin berjaya, tanpa sokongan politik," ujar beliau yang juga Penasihat GMP.


Sehubungan itu, beliau atau nama sebenar Abdul Samad Muhammad Said (foto) berkata, usaha memansuhkan PPSMI tidak seharusnya dipolitikkan oleh parti-parti pemerintah sebagai usaha yang sia-sia.


UMNO, menurut beliau turut dijemput menentang PPSMI, namun mungkin disebabkan kuasa, duit dan sikap keinggerisan, menjadikan ahli-ahli bagi parti perkauman Melayu itu tidak berupaya menegur pemerintah.

Beliau turut menegaskan untuk terus bersama GMP dan rakyat menentang PPSMI pada 2012 kelak, iaitu tahun kerajaan berjanji untuk memansuhkan dasar anti bahasa ibunda itu.

Turut menyertai A. Samad Said di Muzium Negeri Selangor ialah Datuk Dr. Hassan Ahmad (Pengerusi GMP), Cikgu Azmi Abdul Hamid (Pengerusi Teras), Profesor Dr. Abdullah Hassan (Timbalan Pengerusi GMP/pensyarah UPSI), Dinsman (Pengerusi Paksi), Lutfi Othman (Pengerusi Kami/Editor Harakah), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS) dan Datuk Abu Bakar Bachik (AJK PAS Pusat).


Dalam perkembangan berkaitan, para aktivis serta cendekiawan Melayu kebanyakan turut mencari rumus lanjutan supaya dasar PPSMI boleh dimansuh lebih awal dari tahun yang dijadualkan. (Laporan oleh Dzulfikar Mashoor, Harakahdaily)

Berkaitan:
PPSMI: Demi bahasa, suaranya naik menjulang di Permatang Pasir, gagah di usia 75 tahun
KEMASKINI PEDIH! - SN Pak Samad: Begini caranya untuk selamatkan bahasa

Saya tentang PPSMI tetapi tidak benci bahasa Inggeris

0 comments:


Photobucket
top