“Mama,  antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad bin  Abdullah ialah bergegarnya istana raja Parsi bernama Iwan Kisra.  Kerajaan Parsi pada masa itu adalah sebuah empayar besar dan kuat, serta  angkuh. Mama tahu, akibat gegaran tersebut, 14 anjung istana runtuh dan  nyalaan api yang disembah oleh kaum agama Majusi sejak beribu-ribu  tahun yang tidak pernah padam sebelum ini terpadam.”Muhammad Nabil berhenti dan menarik nafas.
“Lagi?” Tanya mamanya ingin menduga anaknya.
“Gegaran itu juga menyebabkan Tasik Sawwah yang berada berhampiran Iwan Kisra tertimbus. Memang pelik dan hebat akibat daripada lahirnya manusia agung itu.” Senyuman puas hati terukir di wajah polosnya. Seorang anak yang rajin membaca sejak mengenali huruf semasa di tadika lagi.
BACA LAGI >>





0 comments:
Post a Comment