Mengingati mati itu adalah nasihat terbesar

Saya sudah baca buku ini lebih kurang 2 tahun lepas. Mengingati mati itu adalah nasihat terbesar bagi manusia yang sedar empunya diri. Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) berkata bahawa kubur merupakan permulaan kepada taman-taman syurga atau kawah azab neraka.

Itulah isi keseluruhan buku "Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang" garapan ilmu Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Tajuk: Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang
Penulis: Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Penerbit: Nufair Street Sdn Bhd, Jun 2006, 266 muka surat
ISBN: 983-3172-14-8
Harga: RM25.00

Sorotan buku:
Wasiat Luqman al-Hakim - Jadi ibu bapa yang hebat

Wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak. Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat.

Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular kerana ia menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepa
da kata-kata Luqman al-Hakim kepada anaknya

Bagaimanakah seorang pengembala yang berkulit hitam dan bertubuh pendek bisa menjadi tersangat mulia sehinggakan pesanan dan wasiat yang disampaikan kepada anaknya terakam di dalam Quran
.

Ketahuilah kisahnya dan ambilah pengajaran agar kita semua (termasuk saya) juga bisa menjadi ibu bapa yang hebat seperti Luqman al-Hakim.


Buku ini ditulis oleh
Ahmad Hasan Mohd. Azam dan diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. InsyaAllah, boleh dibeli di sini.

No comments:

Post a Comment