tag:blogger.com,1999:blog-24971853.post4490860648972049077..comments2023-10-29T17:57:55.164+08:00Comments on Thinking of Book: Jangan main-main, Dr. Tuah, saudara perosak bahasa Melayu yang indahWeb Suterahttp://www.blogger.com/profile/00012945715966563879noreply@blogger.comBlogger16125tag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-6505080539447674772011-08-22T01:16:54.978+08:002011-08-22T01:16:54.978+08:00salam....
sy jugak minat sume hasil karya dr tuah...salam....
sy jugak minat sume hasil karya dr tuah...tapi knp ada orang nak mempertikaikn dalam kosa kata dan bhasa y digunakn....kite sedia maklum bkn mudh ntuk menarik minat pmbaca untuk memotivasikn diry...dgn adanya bahsa santai neyh dapt menarik minat n mudah fahm bg pmbaca. truskn perjuanganmu DR TUAH..kmi sentiasa menyokong!wawanoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-55126107788526780462011-04-01T08:33:52.797+08:002011-04-01T08:33:52.797+08:00salam saudara..
saya minta maaf jika komen yang s...salam saudara..

saya minta maaf jika komen yang saya tinggalkan ini kurang menyenangkan saudara..

saya mengikuti dan membaca buku-buku motivasi dr tuah, terus terang saya katakan ekoran dari pembacaan buku beliaulah yang menjadikan saya seorang yang amat kuat, bersemangat dan rajin..

Mengenai penggunaan bahasa yang bagi saudara terlalu santai, bagi saya ia adalah satu medium yang dr tuah gunakan untuk mendekatkan diri dengan orang-orang yang tidak suka mendengar ataupun membaca motivasi dengan bahasa yang terlalu 'standard'(maaf saya menggunakan bahasa campuran disini) terutama sekali para remaja(pada ketika itu saya juga baru berumur 17tahun, dan sekarang berumur 23tahun - masih lagi meminati karya dr tuah), sebagai contoh sebelum mengenali dr tuah, saya suka mengikuti ceramah-ceramah yang dibuat oleh dr fadilah kamsah, akan tetapi saya tidak berminat membaca buku-buku beliau, ekoran penggunaan bahasa yang terlalu standard.

Mungkin saudara mengatakan saya seorang yang terlalu fanatik, akan tetapi saya bukanlah begitu. Ketika itu saya dilanda masalah, seorang remaja yang berusia 17tahun yang mengalami masalah keluarga yang rumit dan juga keadaan ekonomi yang lemah, dan sahabat meminjamkan buku dr tuah, lalu dari situ lah saya membina segala kekuatan dan melupakan segala kesukaran, dan sehingga sekarang karya dr tuah memang banyak membantu saya, dan juga buku-buku motivasi dari penulis yang lain (saya bukan seorang pembaca yang hanya tertumpu pada seorang penulis sahaja)

Oh ya, mungkin saudara tidak tahu bahawa dr tuah bukan hanya menulis buku-buku motivasi yang saudara katakan merosakkan penggunaan bahasa melayu, akan tetapi beliau menulis berpuluh-puluh artikel didalam pelbagai jenis majalah dan beliau menggunakan bahasa 'standard' (maaf, saya menggunakan perkataan yang kurang menyenangkan lagi). Bukan itu sahaja, dr tuah juga menulis buku-buku dalam pelbagai bidang, sebagai contoh bidang ugama dan juga automobil (tidak mungkin beliau menggunakan bahasa pasar didalam penulisan yang sebegitu rupa kan?)

Sebelum itu, saya ingin sarankan saudara supaya membaca buku dr tuah 'membina imaginasi cemerlang', dan nilai sendiri penggunaan bahasa dr tuah, beliau menggunakan bahasa yang saudara mahukan didalam buku tersebut. Beliau menggunakan bahasa pasar pada tempat yang sesuai.

Sila lawati laman web dr tuah, www.drtuah.com, di sana saudara akan dapat melihat karya-karya dr tuah yang lain yang tidak menggunakan bahasa pasar.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-61461133500616054172010-05-09T20:54:36.227+08:002010-05-09T20:54:36.227+08:00Agak sedih bila melihat anak-anak muda yang guna t...Agak sedih bila melihat anak-anak muda yang guna tulisan SMS. Sesetengahnya saya tak faham langsung. Macam bahasa dalam filem "God must be crazy" kluk klak kluk...bunyinya. Cuba suruh mereka buat karangan, bahasanya akan jadi lintang pukang sebab sudah terbiasa dengan bahasa SMS. Kalau hendak ringkas pun, contoh "saya" jadi "sy" masih boleh faham tapi kalau ada tambahan seperti "kau" jadi "kaw" akan menyebabkan BM jadi lagi rosak.Norabahahttp://www.goodreads.com/user/show/2861279-norabaha-rudinnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-48710900972758844112010-05-09T20:23:49.518+08:002010-05-09T20:23:49.518+08:00Ekoran dari perbincangan di kelab buku Goodreads b...Ekoran dari perbincangan di kelab buku Goodreads berkenaan hal ini, saya panjangkan balasan saya terhadap komen sdr. Khairul H:

Sdr. Khairul H, saya kira kaedah menyerapkan kosakata bahasa Inggeris tertentu, seperti mana saudara senaraikan, tidak salah. Yang menjadi kalut ialah sesetengah penulis menggunakan kependekan yang tidak patut, padahal kata penuh wujud. Contoh mudah ialah "Engkau sudah sihat ke?". Walhal yang betul ialah, "Engkau sudah sihatkah?"

Kata "omputih", "korang"; gunakan 'orang putih' dan 'engkau orang'.

Misalan yang termasuk dalam perogolan bahasa Melayu ialah, "Why you tak suka?". Kalau perlukan juga menggunakan ayat bahasa Inggeris dalam sesuatu perenggan, elok guna sepenuhnya; "Why you don't like it?"

Bahasa Melayu juga berkembang dengan menyerap kosakata Arab, Portugis, Indonesia dan lain-lain. Itu elok untuk pengembangan bahasa.

"Cucuk dan main", itu merupakan kosakata yang susah untuk ditafsirkan. Bukankan begitu, saudara? :-)

Komen susulan sdr. Najibah pula begini:

En. Web Sutera, saya sokong pendapat di atas, tetapi mungkin apabila berlebihan dan mengetepikan bahasa kita yang sedia ada, ada waktunya rasa menyampah juga.

Apapun, ada sedikit perkongsian mengenai sejarah bahasa Inggeris untuk perbandingan dengan sejarah BM:

The English language in all its dialects has been enriched by borrowed words from mamy different languages, including Latin, German, Greek, Celtic, French, Spanish, Italian, Danish, Yiddish, Arabic, Chinese, and Japanese. It also has drawn on American Indian and African tribal languages. For example, a farmer may rise swine (Anglo-Saxon). When he kills and butchers one of the hogs (Celtic), he puts pork (French) on the table, perhaps accompanied by succotash (Algonquian).

The foundation of modern English is the Germanic Anglo-Saxon language. In the year 1066 the French-speaking Normans conquered England, and for the next couple of centuries the French language blended with the Anglo-Saxon, giving rise to modern English. French, in turn, is an pffspring of Latin, the language of the Roman Empire.

Today most of the words in the English dictionary are derived from Latin. But most of the words we use in everyday speech are from Anglo-Saxon.

Baca di sini untuk perbincangan penuh; http://www.goodreads.com/topic/show/318369?utm_medium=email&utm_source=comment_instant#comment_16429806Web Suterahttps://www.blogger.com/profile/00012945715966563879noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-40369274103157455102010-05-05T15:52:06.296+08:002010-05-05T15:52:06.296+08:00Tuan Web Sutera, izinkan saya mencelah walaupun ag...Tuan Web Sutera, izinkan saya mencelah walaupun agak terlambat. Saya suka dengan prinsip Qubein pakar komunikasi dari US; beliau belajar Bahasa Inggeris standard yang dia rasa dapat diterima oleh semua 'average American'; tak perlu bahasa terlalu tinggi untuk tujuan komunikasi. Namun beliau tidak pula sampai merendahkan standard bahasanya untuk mendekati golongan yang lebih rendah tahap komunikasinya dari 'average'. Saya tidak kenal Dr. Tuah secara peribadi dan tidak pernah baca Jangan Main-Main, jadi saya tidak dapat katakan lebih dari di atas :)Najibahhttp://www.goodreads.com/user/show/1169882-najibahnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-87722346574846307782010-05-04T20:27:00.777+08:002010-05-04T20:27:00.777+08:00Saya memang dah perhatikan bahawa teknik penulisan...Saya memang dah perhatikan bahawa teknik penulisan Dr. HM Tuah memang tidak begitu mementingkan sudut bahasa sejak dari awal lagi. Tajuk buku pun sudah menunjukkan teknik penulisan beliau.

Percayalah setiap sesuatu yang dilakukan mesti ada matlamat tersirat, terdapat golongan sasaran beliau yang menyukai tulisan sebegitu dan ini seolah-olah strategi marketing Dr Tuah. Bagi saya dan sahabat-sahabat yang mencintai bahasa dan kesusasteraan Melayu pasti tidak akan membaca buku Dr. Tuah.

Namun tidak pelik beliau menulis cara begitu sebab terdapat novel online yang sangat digemari kawan saya yang lain yang saya tak ingat tajuknya yang memang hancur bahasanya. Dan saya pun tak akan baca novel online sebegitu atas dasar bahasanya.Farizahttp://www.goodreads.com/user/show/3247284-farizanoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-74277482288050178072010-05-04T20:06:54.351+08:002010-05-04T20:06:54.351+08:00Setuju dengan Khairul. Kalau macam online forum, t...Setuju dengan Khairul. Kalau macam online forum, tulisan sebagai pengganti percakapan. Kita pun bercakap bahasa pasar, jadi tulisan pun sama pasar jugalah. Kalau tulisan dalam buku, kenalah guna bahasa yang yang betulmiaomiaohttp://www.goodreads.com/user/show/2307007-miaomiaonoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-59406161015917639862010-05-04T20:03:39.147+08:002010-05-04T20:03:39.147+08:00Kalau tulis dalam blog atau di dalam forum begini,...Kalau tulis dalam blog atau di dalam forum begini, boleh le saya rasa tulis ikut suka hati. "Korang" "awek" "cun" "Omputih" "dorang" dan sebagainya.

Tapi kalau nak tulis buku, apatah lagi buku nasihat/motivasi yang ingin dianggap sebagai buku yang profesional, lebih baik tulis dengan betul. Saya tak percaya mereka ada melalukan research sebelum menerbitkan buku ini.

Buku bahasa Melayu yang sering menggunakan bahasa pasar ini yang saya tahu ialah buku gossip politik yang mengarut karya S.H. Alattas. Memang tak profesional langsung tulisannya.Khairul Hhttp://www.goodreads.com/user/show/506469-khairul-hnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-53922423119421481252010-04-12T21:29:45.443+08:002010-04-12T21:29:45.443+08:00Saya memang sedar isu ini akan menjadi polemik yan...Saya memang sedar isu ini akan menjadi polemik yang akan membangkitkan kemarahan sesetengah pihak. Saya tidak kisah kerana saya sudah fikir semasak-masaknya. Untuk makluman sahabat di sini, saya membaca buku Jangan Main-Main ini dua kali sebelum menulis entri berkaitan. Saya tidak akan berundur, insyaAllah

Sdr. Hud Aikara (http://x-sha-duniaku.blogspot.com), menggunakan bahasa Melayu yang baik dan kontemporari yang tidak cemar memang tidak ada cacat celanya. Pengembangan bahasa dengan mengambil kosa kata dan istilah dari luar adalah salah satu kaedah. Saya setuju dengan pandangan saudara.

Sdr. Zayu Hisham, bila saya membaca, saya melihat cerita, gaya persembahan dan bahasa yang digunakan. Saya mencari keindahan lewat bait-bait ayat penulisan dan narasi cerita dalam sebarang buku. Terima kasih atas sokongan.

Dalam blog Saudara Teddy (http://bearrister.blogspot.com), beliau memberi komen ringkas, "Bahasa yang dijaga dan dikongkong kononnya supaya tidak ternoda, adalah ibarat anak dara tua."

Sdr. Teddy, bahasa memang wajib dikembangkan dan harus mengalami proses evolusi. Namun dalam proses tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah tidak mengambil langkah seperti mana dalam buku Jangan Main-Main ini. Pada hemat saya yang rendah ilmu ini, ianya menodai bahasa Melayu.Web Suterahttps://www.blogger.com/profile/00012945715966563879noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-90096472632929653832010-04-11T18:14:42.191+08:002010-04-11T18:14:42.191+08:00Alaikumsalam warahmatullah, sdr. Satelit Puaka. Te...Alaikumsalam warahmatullah, sdr. Satelit Puaka. Terima kasih atas teguran. Alhamdulillah.

Saya tahu kesilapan itu.
1) Gantinama 'saudara' saya gunakan singkatan sdr. Itu dibenarkan, cuma saya tidak letakkan tanda noktah. Sepatutnya sdr. (sdr diikuti .) Sila rujuk laman ini http://universitipts.com/. Jika saya salah dalam hal ini, maka tunjuk ajar Puan Ainon juga salah. Beliau merupakan guru saya dalam isu kebahasaan.

2) Penggunaan ayat bahasa Inggeris Well, i beg to differ. Itu adalah ayat berasingan (walaupun dalam perenggan yang sama), bukannya dalam satu ayat bahasa Melayu sepenuhnya.

Sebarang teguran lain dari sdr. Satelit Puaka dialu-alukan, insyaAllah.Web Suterahttps://www.blogger.com/profile/00012945715966563879noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-89269628176196801832010-04-11T15:17:23.162+08:002010-04-11T15:17:23.162+08:00Assalamu'alaikum saudara Web Sutera,
Komen sau...Assalamu'alaikum saudara Web Sutera,
Komen saudara pada hari Jumaat bertarikh 9 April 2010 pada jam 10:36:00 malam, juga perlu diberikan piala ini.
Penggunaan singkatan, bahasa rojak antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan beberapa kesalahan lagi.
Harap maklum.Satelit Puakanoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-50920433934355373002010-04-11T07:51:07.238+08:002010-04-11T07:51:07.238+08:00Lima enam tahun dahulu saya ada membeli buku-buku ...Lima enam tahun dahulu saya ada membeli buku-buku motivasi karya Dr Tuah. Dari segi pengisian buku-buk tersebut, boleh diterima.

Agak lama saya tidak baca karya-karya terbaru beliau, mungkin saya punyai banyak pilihan lain.

Pendekatan Dr Tuah mungkin cari kelainan tetapi tanpa sedar ia memberi impak yang tidak baik kepada kesucian Bahasa Melayu.Walau apa pun beliau ada alasan tersendiri sehingga pihak penerbit sanggup bersetuju dengan pandangan penulis.

Terpulang kepada diri masing-masing suka atau tidak kepada karya Dr Tuah. Sesetengah orang yang tidak melihat dari segi aspek bahasa, mungkin suka atau bersetuju dengan pendekatan Dr Tuah.

Kesimpulannya, Saya sokong dengan anugerah yang diberikan kepada buku ini.

Wallahualam.WZWYhttps://www.blogger.com/profile/06802678189930289980noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-4958433305756932282010-04-11T01:18:01.793+08:002010-04-11T01:18:01.793+08:00Salam,
Pada pendapat saya memang sewajarnya apabil...Salam,
Pada pendapat saya memang sewajarnya apabila kita menulis bahasa hendaklah dijaga sebab bahasa mencerminkan bangsa.Jika kita menggunakan alasan bahasa rojak lebih senang diterima ramai, apalah lagi yang hendak dibanggakan dengan bahasa Melayu?
Saya tidak menganggap menggunakan bahasa tinggi menyukarkan pembaca untuk memahami mesej yang hendak disampaikan tetapi penulislah mesti bijak mengolah ayat agar pembaca tidak bosan atau mengantuk. Sebab itu ramai yang boleh berucap, berceramah dan bersyarah tetapi tidak semua berbakat dalam penulisan.Wallahualam.hud aikaranoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-22462461436008933272010-04-09T22:36:04.114+08:002010-04-09T22:36:04.114+08:00Assalamualaikum sdr Shah. Terima kasih atas info. ...Assalamualaikum sdr Shah. Terima kasih atas info. Buku-buku Dr. Aidh memang bermutu dan sangat sesuai untuk manusia, khususnya kita umat Islam. Saya ada 9 buah buku beliau. Yang pertama pastinya La Tahzan.

Alaikumsalam warahmatullah, sdr Chai. Terima kasih atas komen. Well, I beg to differ.

Jika dalam ilmu Islam atau apa sahaja ilmu yang hendak disampaikan, maka matlamat tidak menghalalkan cara. Begitu juga dalam pemerintahan dan kenegaraan, matlamat baik wajib menggunakan kaedah yang baik juga.

Andai bukan kita orang Melayu yang diharap memperkasakan bahasa ini, siapa lagi? Bangsa lain berbangga menggunakan bahasanya dalam semua komunikasi, kita malah merogolnya!

Perogolan bahasa Melayu melanggar sunah Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) dan tidak keterlaluan saya katakan bahawa sifat Allah Yang Maha Indah itu juga seakan-akan sudah dirempuh lori sampah!

Saya bertegas dengan pendapat saya. Kempen BOIKOT PEROGOL BAHASA MELAYU akan berterusan. Walaupun saya sedar kerdilnya diri ini dalam isu penting, namun saya akan menggunakan demokrasi ini sebagai saluran, insyaAllah.Web Suterahttps://www.blogger.com/profile/00012945715966563879noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-63470254770918517042010-04-09T14:18:00.681+08:002010-04-09T14:18:00.681+08:00assalamualaikum
saya pembaca buku motivasi dr tua...assalamualaikum

saya pembaca buku motivasi dr tuah
including buku yg saudara baru beli

maaf kata, saya membaca untuk mendapat ilmu di dalamnya
ye memamng nampak santai, ada yg kata perosak bahasa

bagi saya yg penting pengisiannya, pengajaran yg nak diberi.

selain buku dr tuah, i do read books from harun yahya and dr. aidh abdullah.

yg penting bagi saya, apa yg nak disampaikan. bukan bahasa yg digunakan. paling penting mesej sampai. nasihat sampaichai n teahttps://www.blogger.com/profile/05817952671827877912noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-24971853.post-34052900339069721922010-04-09T10:02:32.819+08:002010-04-09T10:02:32.819+08:00Saya masih belum berkesempatan untuk mengenali kar...Saya masih belum berkesempatan untuk mengenali karya penulis ini. Belum ada tarikan untuk mengenalinya. Lagipun, saya sering mendengar komen yang kurang enak daripada pembaca yang lain juga.

Tetapi, apa yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan penulis motivasi lain yang begitu berkualiti untuk dikenali. Sebagaimana yang saudara sebutkan, Dr.Aidh sememangnya salah satu motivator yang saya kagumi. Namun, ingin saya cadangkan seorang tokoh yang patut saudara kenali iaitu AMRU KHALID. Tika membaca karya beliau, saya berasa seolah-olah berhadapan secara bertentang mata. Bahasa yang digunakan begitu mengetarkan iman dan jiwa. Begitu dekat.

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan. :)Shahhttp://mesejabdul.wordpress.comnoreply@blogger.com