Makhluk di langit dan bumi tunduk sujud kepada Allah

22 Ramadhan 1430H: Tuhan berkata, “Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).” (Surah al-Nahl ayat 49)

Photobucket

God says, “And to Allah doth obeisance all that is in the heavens and on earth, whether moving (living) creatures or the angels: for none are arrogant (before their Lord)." (Quran: Chapter 16 verse 49)

(وَلِلّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مِن دَآبَّةٍ وَالْمَلآئِكَةُ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ)

Tahukah saudara bahawa di salah satu lapis langit ada satu benda atau binaan yang bernama Baitul Makmur, seumpama Kaabah di Mekah. Baitul Makmur itu akan dikelilingi (tawaf) oleh para malaikat sambil memuji Allah.

Justeru terlalu ramainya malaikat maka setiap seorang malaikat tersebut tidak akan berjaya tawaf Baitul Makmur itu dua kali sehingga tiba kiamat. Maksudnya giliran seorang malaikat untuk mengelilingi Baitul Makmur lebih dari sekali tidak kesampaian lantaran terlalu ramai. Jika di muka bumi, setiap jemaah haji atau umrah berjaya tawaf Kaabah berkali-kali.

Seramai itulah malaikat yang akan turun ke bumi di malam al-Qadar. Subhanallah! Bayangkan berapa ramai melaikat dengan setiap satunya mempunyai banyak sayap meliputi muka bumi ini. Payah untuk kita bayangkan malaikat yang memiliki banyak sayap. Kita hanya dapat bayangkan maksimum empat sayap di badan serangga.

Berkaitan: Teenager Recites Qur'an in Amazing Manner - Surah Balad

2 comments:

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    سلام عيدالفطري المبارك هجرة 1430
    من العائدين والفائزين
    معاف ظاهير دان باطين
    جمفوت كرومه ساي هاري راي ننتي
    سودارامو حج عبدالهادى بن محمد سكلوارك دكوت بهارو كلنتن دارالنعيم

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam sdr Dariana. Terima kasih atas doa dan jemputan. Erm, maaf boleh tahu siapa saudara?

    ReplyDelete