Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Susulan dari pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dalam blognya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat syarikat perunding imej Israel dalam usaha pemulihan imej PM yang sudah tercemar, maka isu ini berterusan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula mengatakan Zio
nisasi dalam jentera kerajaan termasuk kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu.

Isu keganasan dan sikap terroris Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin wajib dipandang dari segenap sudut. Justeru itu, tindakan kerajaan UMNO/BN dengan menggunakan perkhidmatan yang melibatkan perisik Israel wajib ditentang!

Ikuti kenyataan saudara Mahfuz Omar lagi di bawah. Ini bukan perkara main-main lagi. Saya tidak nampak pihak pembangkang dan Pakatan Rakyat sengaja memainkan isu ini untuk sebarang kepentingan peribadi. Negara haram Israel dan pertubuhan Zionis Yahudi bukan khayalan. Ianya maha benar dan mereka semua adalah terroris dunia dan Islam.
"Pasukan polis dikurniakan gelaran diraja sejak tahun 1958 lagi, oleh sebab itu tindakan membawa perisik Israel ke dalam pasukan tersebut dengan sendirinya mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu.

"Ancaman tersebut semakin menakutkan apabila perisik-perisik Israel berkenaan terlibat dalam sistem komunikasi polis," kata beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu memohon agar diadakan segera Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan ancaman keselamatan ke atas negara ini.


"Kita memohon jasa baik Raja-Raja Melayu untuk bertindak segera kerana tidak mungkin Perdana Menteri (Najib) akan mengambil inisiatif membincangkan ancaman keselamatan tersebut kerana perisik-perisik Israel tersebut dibawa masuk oleh pihak yang dilantik oleh kerajaannya sendiri untuk menaik taraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital," katanya.

Mahfuz melihat apa yang berlaku itu sebagai ancaman kepada negara ini kerana institusi keselamatan negara seperti polis telah ditentukan hala tuju mereka dan ia terdedah kepada penguasaan Israel yang disifatkannya sebagai entiti haram pengganas.
(Buku siri bebaskan al-Aqsa diterbitkan oleh Jamaah Islah Malaysia)

"Ini sangat merbahaya kepada masa depan negara. Sepatutnya kerajaan perlu menjelaskan hal tersebut bukannya mengambil tindakan mengheret Anwar yang mendedahkan perkara itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bila beliau mendedahkan penglibatan tersebut, mengheret Anwar bukannya satu penjelasan.


"Pendedahan yang dibuat oleh Anwar itu merentasi persoalan 1Malaysia ataupun One Israel tapi ini soal maruah dan kedaulatan negara yang dipelihara bukannya dijual kepada pihak luar, lebih-lebih lagi pihak zionis.


"Perdana Menteri perlu berani memberi penjelasan bukannya menjadi seorang yang penakut berhadapan kenyataan sebenar kerana perlantikan itu atas keputusannya sendiri," katanya lagi.
Beliau juga menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai semakin rancaknya proses zionisasi ke atas negara ini melalui proses ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sudah pun bermula dalam bidang komunikasi melalui pengambilan Apco Worldwide dan juga di dalam pasukan polis.

Beliau juga meminta rakyat membuat penilaian sama ada ahli-ahli UMNO akan memilih kesetiaan dan patriotisme kepada negara tercinta ini atau kepada pemimpin mereka ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan.


Anwar semalam (6 April 2010) mendedahkan di Dewan Rakyat tentang kewujudan perisik Israel dalam PDRM. Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.


Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat semalam, Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan syarikat terbabit, Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel. Katanya lagi, ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Anwar Ibrahim menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka. "Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim zionis yang kejam," katanya dipetik oleh Harakahdaily.
Tuan dan puan penulis serta para penerbit yang menerbitkan karya-karya yang tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul, saya katakan saudara PEROGOL BAHASA MELAYU.

Ciri-ciri PEROGOL BAHASA MELAYU adalah:

- Menggunakan sistem ejaan yang tidak lengkap dan salah,
seperti kependekan yang memualkan.

- Menggunakan tatabahasa yang salah.

- Menggunakan sistem morfologi (penambahan) yang salah.

- Menggunakan sistem sendi yang salah.

- Menggunakan perbendaharaan kata yang salah.

- Menggunakan semantik (makna) yang salah.

- Menggunakan bunga-bunga bahasa yang salah.

- Menggunakan sistem panggilan yang salah.

- Menggunakan adab-adab berbahasa yang salah.

(Ciri-ciri yang disenaraikan saya belajar dari Sifu Ainon, pejuang bahasa Melayu yang tidak pernah lelah dalam melestarikan bahasa. Namun istilah PEROGOL BAHASA MELAYU adalah dari saya sendiri.)
Teknologi komunikasi maklumat (ICT) menjanjikan pembaharuan dalam penyebaran maklumat yang semakin banyak mempengaruhi masyarakat masakini. Dunia dalam era terbaru ini turut membawa perubahan kepada struktur sesebuah masyarakat khususnya dalam aspek perhubungan anggotanya yang mana interaksi sosial tidak lagi terhad kepada komunikasi secara lisan dan bersemuka.

Apabila lebih ramai anggota sesebuah masyarakat itu mampu mendapat maklumat, maka masyarakat tersebut akan menjadi lebih dinamik. Begitu juga dengan masyarakat Islam, sudah tiba masanya untuk memahami dan meraih manfaat daripada perkembangan ICT yang turut merangkumi teknologi dan penggunaan Internet.

Dalam pada itu yang turut sama penting ialah bersedia menghadapi segala bentuk cabarannya. Pengetahuan dan maklumat sememangnya perlu serta menjadi tuntutan bagi masyarakat Islam untuk memantapkan iman yang menjadi dasar kepada nilai dan budaya.

Sehubungan itu umat Islam harus menghilangkan rasa takut mereka terhadap penggunaan ICT dan Internet untuk mempromosi dan melaksanakan pelbagai aktiviti berdakwah dan penerangan Islam, terutamanya kepada masyarakat bukan Islam, lebih-lebih lagi dalam suasana pihak Barat yang mempromosikan banyak kumpulan Islam sebagai pengganas.

Artikel penuh boleh dimuat turun dari sini.


*Artikel ini pernah diterbitkan dalam majalah Dewan Agama & Falsafah, Dewan Bahasa dan Pustaka
Assalamualaikum sahabat, saudara, tuan dan puan. Selamat berhujung minggu. Antara bacaan saya ialah beberapa buku dalam bentuk ebuku (ebook). Salah satu ebuku yang telah dan masih lagi dibaca ialah berjudul Detik-Detik Hidupku - Hasan Al-Banna.

Kandungan buku ini asalnya disediakan oleh Lajnah IT, Dewan Pemuda PAS Johor. Sudah lama saya muat turun buku dalam format PDF ini. Saya berterusan membacanya dari masa ke semasa. InsyaAllah, isinya amat menarik dan sangat sesuai untuk kita telusuri. Antara kandungannya ialah pahit-maung pejuangan mujahid ini dalam menerajui gerakan reformasi bagi melaksanakan Islam di Mesir di tengah-tengah menularnya budaya Barat di sana.


Imam Hasan al-Banna (foto) adalah seorang yang benar-benar beriman. Allah telah melimpahkan berkat kasihNya kepada Hasan al-Banna. Beliau telah menunjukkan arah pejuangan kepada para sahabatnya semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Ketika itu, perjuangan Ikhwanul Muslimin masih di peringkat awal dan belum lagi melalui ujian dan cabaran yang hebat.

Terdapat beberapa kesalahan menaip (typo error) dan ejaan dalam ebuku ini, namun boleh dimaafkan. InsyaAllah, saudara boleh muat turun dari sini.

Berkaitan: Ebook percuma mengenai katering dan cerita tokey sate - Bhgn. 1

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top