Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Pada pandangan saya, tiada apa yang tidak boleh diselesaikan dalam perihal kemelut yang dikatakan sedang beriak di dalam PAS. Ya, memang tidak dinafikan ada riak. Cuma riak kecil yang terjana ketika sang pepatung hinggap di permukaan air tenang sahaja.

Pihak yang kelatahan teruk ialah juak-juak UMNO/BN, juga akhbar-akhbar mereka yang sejak dulu, kini dan selamanya akan menangguk di mana sahaja.
Tanggukan mereka tidak mengira di air jernih ataupun di riak kecil. Oleh sebab tanggukan merekalah, riak kecil itu seakan-akan membentuk riak besar yang bercempera di segenap penjuru.

Saya kira, jika pimpinan PAS meluruskan hati mereka atas kepentingan Islam yang syumul dan demi melestarikan negara Malaysia ke arah negara berkebajikan untuk semua kaum dan ugama, dengan izin Allah, parti Islam ini dan Pakatan Rakyat akan berjaya menongkah riak. Walaupun riak itu seolah-olah nampak bakal mencipta gelombang kecil dek onar juak-juak UMNO/BN, namun angin semilir kesucian Islam akan menghembus lembut. Hembusan kebenaran Islam yang didukung PAS akan menghalang riak itu menjadi gelombang.

Lihat sahaja gambar-gambar yang saya sertakan ini.
Pimpinan PAS okey. Jangan risau. Ahli, dan penyokong PR serta rakyat jangan terikut-ikut tarian UMNO/BN. Jangan menari umpama ular bila serunai fitnah ditiup!

Aku berblog sejak tahun 2006, bermula dengan menggunakan platform yang disediakan penyedia perkhidmatan internet JARING. Kini platform itu sudah tiada. Sejak itu aku sudah berblog dengan menggunakan beberapa penyedia blog dengan isi kandungan yang berbeza. Yang kekal sehingga kini ialah Blogger.

Pastinya isi atau bidang blogging yang pertama ialah perihal buku dan penerbitan. Kini aku mempunyai enam blog yang berlainan topik perbincangan. Namun dalam banyak entri ianya saling berkait dengan kehidupan, bidang kerjaya dan kecenderungan aku.


Blog Thinking of Book ini sudah mengalami transformasi sebanyak dua kali. Desain yang saudara sedang tatap kali ini ialah perubahan drastik kali ketiga aku mampu sediakan. Aku mengambil masa lebih kurang 48 jam untuk menyiapkan susunatur terbaru ini. Bermula dengan mencari templat HTML/XML, melakukan proses suntingan HTML/XML, dan menyusun kembali menu-menu tepi.


Blog Thinking of Book ini mempunyai hampir 460 entri. Antara masalah bagi blog yang mempunyai entri yang padat ialah proses menyusun semula. Proses suntingan kod-kod HTML/XML pula mengambil masa terbanyak dalam membangunkan blog kali ketiga ini. Proses terakhir aku lakukan ialah menyusun kembali beberapa entri yang terkini. Aku terpaksa lakukan kerana font dan susunatur teks banyak yang sudah bercempera. Sebahagian besar entri masih lagi belum diperbetulkan. Aku akan laksanakan perlahan-lahan, insyaAllah.


Semoga saudara tidak sakit mata dengan persembahan terbaru blog aku ini. Aku lakukan semuanya kerana kecintaan aku terhadap buku dan ilmu. Juga aku berbahagia kerana saudara dan sahabat sudi menjengah blog yang tidak seberapa ini. Hanya kerana cinta, aku sanggup.

Sebaik sahaja aku tahu berkenaan penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aku kaget. Alasan tangkapan kerana menjadi guru tidak bertauliah di majlis ilmu membuatkan aku terkilan dan hairan.

JAIS berada di bawah portfolio Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali, Exco Selangor. Aku hairan kerana di bawah pentadbiran UMNO/BN dahulu, PAS bertanya bahawa ‘hendak mengajar agama pun kena dapat tauliah”?. Tetapi kini ianya terjadi tatkala Selangor ditadbir oleh PAS/PR.

Justeru itu, benarlah sangkaan pengarang buku Mengemudi Bahtera Perubahan Minda ini bahawa ada tangan ghaib di belakang isu ini. Siapa? Hanya Allah yang Maha Tahu.

Namun dalam masa yang sama, telahan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali, yang mengatakan “ada unsur sabotaj kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor” tidak boleh dikesampingkan.

"Cara penangkapan itu memang mengaibkan dan menjatuhkan maruah beliau. Saya difahamkan antara 50 ke 100 orang polis ada bersama-sama pegawai-pegawai JAIS untuk menangkap seorang ulama. Saya rasa sangat kesal," kata Dr. Lo’ Lo’.

Beliau juga tidak menafikan kemungkinan wujudnya unsur sabotaj pihak tertentu kepada kerajaan PR Selangor kerana penangkapan itu dilihat sangat bertentangan dengan sikap kerajaan negeri yang sangat terbuka dalam menyalurkan ilmu kepada masyarakat.

"Saya bimbang ada unsur sabotaj kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebab saya lihat penangkapan ini sangat bertentangan dengan kehendak kerajaan Selangor yang sangat terbuka terhadap ilmu. Tiba-tiba seorang yang berpontensi seperti Dr. Asri ditangkap dan dimalukan begitu sekali," katanya.

Dalam pada itu, ramai antara kita mengetahui pertentangan idea dan pendapat antara Faisal Tehrani dan Dr. Asri. Walaupun begitu, kata Faisal “saya tidak seronok dengan apa yang menimpa Dr. Asri hari ini.”

“Saya ingin menegaskan, saya membantah sebarang usaha mengharamkan satu-satu aliran yang tidak terkeluar dari al-Quran dan sunnah. Baik ia wahabi, salafi, syiah ataupun tarekat yang benar. Setiap aliran tersebut adalah gagasan. Ia adalah teori.

“Setiap sekolah pemikiran tidak boleh diharamkan dan dihalang sedemikian rupa. Ia hanya boleh dilawan dan dibantah dengan teori dan gagasan lain pula. Ia mesti diperdebatkan secara akademia. Jika ia (aliran tersebut) ditakdirkan 'kalah' maka ia akan mati dan luput begitu sahaja seperti yang telah menimpa sekolah pemikiran Muktazilah, Jabariyyah, Qadiriyyah dan Ibadi.

“Jadi, saya ingin mengatakan saya tidak seronok dengan apa yang menimpa Dr Asri hari ini. Ia adalah petanda buruk untuk perbahasan ilmu yang sihat.” (Petikan komen sdr. Faisal Tehrani di blognya)

Berkaitan:
GEMPAR: Dr Maza ditangkap JAIS, apa hal?
Tangan ghaib siapa di sebaliknya? - Dr Asri


Buku Faisal: Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!


Gara-gara membaca novel Wo Ai Ni Allah, mata aku tidak mahu lelap. Batinku juga tidak tega untuk tidur malam tadi. Novel yang berbicara fasal cinta. Sebuah kisah pencarian cinta yang agung. Nanti aku tuliskan pandangan aku di sini.

Lantaran mata aku yang degil, aku keluar rumah ke kedai berhampiran sesudah tunaikan tanggungjawab terhadap sang Pencipta. Jam menunjukkan 6.15 pagi. Keluarnya aku kerana membeli sebungkus roti bagi memenuhi keperluan jasmani.

Semasa berjalan menuju ke kereta yang diparkir di tepi jalan, melintas sebuah van yang aku kira tentunya membawa nasi lemak dan lauk-pauk berkaitan. Teringat aku kira-kira tiga tahun lepas. Bahawa aku juga akan memandu kereta di waktu sebegini menuju destinasi untuk menjual nasi lemak dan lain-lain makanan seperti mee dan bihun goreng serta kuih-muih.

Sungguh, perjuangan menghidupkan dunia bukannya mudah. Namun rezeki Allah ada di mana-mana. Usaha, doa dan tawakal. Di mana ada usaha, di situ ada jalan. Allah murka terhadap hambaNya yang bermuram durja dan berkeluh-kesah. Aku menyedari bahawa menjual nasi lemak di waktu pagi bukan sebanyak mana hasilnya. Tetapi rezeki tetap mesti dicari. Tiada orang lain yang dapat mengubah nasib diri sendiri.

Yang mungkin kita sering lupa ialah persediaan untuk kehidupan di dunia satu lagi. Dunia kekal. Aku terus meraih, memburu serta membajai cinta agung itu, di samping berusaha meraih rezeki Allah sebagai jambatan.

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top