Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

18 Syawal 1430H: Beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadhan yang didamba Mukmin, Allah menurunkan rezeki kepada saya dalam bentuk beberapa sesi katering. Di sini saya menyorot 3 daripadanya; 31 Julai di Kampung Kemensah, Ulu Klang; 1 Ogos di Mont Kiara; dan klien korporat Foresight Industries Sdn. Bhd. di Bandar Puncak Alam pada 19 Ogos. (Gambar kiri: Ayam BBQ dan makaroni goreng di sesi BBQ di Mont Kiara, KL)

Iklan: Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis. Menu pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, Cina, India dan Barat. InsyaAllah, semua dijamin halal mengikut syariat Islam.

(Buku apa saya sedang baca? (1) Asmaul Husna: Dengan NamaMu Aku Hidup oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, (2) Novel sejarah - Bidadari Paderi oleh Saiful A. Imam)


Photobucket
Photobucket
(Doa selamat di Kampung Kemensah, Ulu Klang, Selangor, 31 Julai 2009)

Photobucket
(BBQ di Mont Kiara, Kuala Lumpur, 1 Ogos 2009)

Photobucket
(Foresight Industries Sdn. Bhd. di Bandar Puncak Alam, Selangor, 19 Ogos 2009)
16 Syawal 1430H: Saya dan keluarga berlepas ke Besut, Terengganu selepas solat Isyak malam Aidilfitri ke-2. Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur agak lengang, jadi perjalanan cukup lancar. Justeru memandu di sebelah malam, jadi saya menggunakan jalan bandar di sepanjang pemanduan dari Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Setiu hingga ke Besut.

Ada dua tujuan saya ke Besut. Pertamanya ialah untuk berhari raya bersama keluarga dan saudara mara di sana memandangkan kedua ibubapa sudah tiada di Pahang. Keduanya untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu saya di rumah Mak Teh di Besut.

Senang hati dan gembira kerana dapat berjumpa kembali emak/bapa saudara, adik beradik dan para sepupu di kampung asal saya dilahirkan. Banyak cerita dikongsi, banyak kisah diluah, walaupun saya tidak bersempatan menziarahi semua sanak saudara justeru kekangan masa.

Saya, isteri dan anak-anak juga tidak lupa menziarahi dan mensedekahkan bacaan lazim ayat Quran untuk kedua-dua aruah orang tua yang sudah pergi menemui Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kedua-dua gemulah disemadikan di taman perkuburan di kampung di Besut, walaupun lama menjadi warga Pahang. Pastinya saya dan adik-adik amat merindui masakan gemulah emak seperti kuah kacang nasi impit, ketupat pulut, tapai pulut dan nasi dagang. Aidilfitri 1430 Hijrah ini merupakan tahun pertama merayakannya tanpa emak dan tahun ke-5 tanpa ayah.

BACA PENUH...

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top