Laman pejuang bahasa Melayu, Universiti Terbuka PTS (UNIKA), menulis bahawa “di sebuah outlet rangkaian kedai buku elit di Kuala Lumpur, setiap bulan jumlah fiksyen Inggeris yang dijual adalah antara 500 - 600 naskhah sahaja, manakala jumlah fiksyen Melayu adalah antara 5500 - 6500 naskhah.”“Selain itu, jualan buku-buku Inggeris menunjukkan trend mendatar sejak 5 tahun yang lalu, yakni tidak naik-naik, manakala dalam tempoh yang sama jualan buku-buku Melayu naik menggebu-gebu.”
Trend ini memang sudah lima tahun terjadi. Memang betul info risikan ini. Contoh untuk saya ialah diri sendiri. Dalam tempoh lebih kurang 16 tahun, berakhir tahun 2004, saya memang mengumpul dan membaca hi-tech thriller, thriller misteri, saga sejarah, sai-fi, dan thriller geo-politik dalam bahasa Inggeris.
Namun empat tahun kebelakangan ini, minat saya ke arah fiksyen bergenre tersebut lebih menjurus ke medium bahasa Melayu. Maksudnya saya lebih terpujuk untuk membeli dan membaca fiksyen berbahasa Melayu, jika ianya ada di pasaran.
Namun begitu, untuk kes-kes khas, fiksyen bahasa Inggeris dari penulis tertentu tetap menjadi idaman. Juga benar ialah saya akan memborong fiksyen berkaitan oleh sebab faktor harga. Si penggila buku mana yang tidak tertarik dengan harga novel Inggeris RM5 sebuah? Di mana? Tinggal mesej sekiranya saudara ingin mengetahuinya.
Adakah pihak pengurusan kedai buku MPH masih lagi ego dan hipokrit dalam hal ini? Bagaimana dengan kedai buku jenama Amerika, Borders? Ternyata Borders masih tetap bangang!













