Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Setiap dari ahli PAS disaran agar memiliki pengetahuan mengenai ilmu politik dengan membaca buku. Demikian ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kepada lebih 100 pengunjung yang hadir pada pelancaran buku bertajuk Fenomena Nizar. Buku ini adalah karya Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M.Husin, dilancarkan di gerai Anbakri Publika Sdn Bhd pada Jumaat 5 Jun 2009 di Muktamar Tahunan PAS 55. Shah Alam.

"Ilmu politik tiada di sekolah, kalau kita ingin memperolehi ilmu politik, maka kita kena baca buku yang ditulis oleh orang politik.” Malah ujar Menteri Besar Kelantan itu tindakan tersebut akan dapat menjadikan diri seseorang mempunyai ilmu semasa.


"Ia adalah bertujuan untuk meletakkan diri sebagai orang yang memiliki ilmu berbentuk semasa (politik)," ujarnya. Malah, beliau mengingatkan agar mencari ilmu yang kebiasaannya diperoleh menerusi membaca, supaya dengan ilmu tersebut dapat menjaga diri seseorang.


Dari penerbit

Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan Islam terkini- menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Kami berpuas hati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor raksasa di Putrajaya.


Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup ’real’ oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.


Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan, hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian samada ia adalah tuah atau tragedi. Ya Allah. Jadikanlah kami dikalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.


Berkaitan: Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?


Photobucket



Photobucket
(Antara buku-buku yang dijual di Muktamar Tahunan PAS 55 di Shah Alam)
Assalamualaikum sahabat, rakan dan pejuang Islam. Salam Jumaat. Penulis Faisal Tehrani menulis dalam blognya:
“Ya, untuk pendokong parti Islam seperti PAS jika tidak membaca buku fikrah karya Presidennya – Dato’ Abdul Hadi Awang, berjudul Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah, terbitan Dewan Pustaka Fajar, tentu tidak lengkap. Malah saya kira ia merupakan satu 'jenayah'. Di dalam buku ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjelaskan wujudnya kepimpinan atau walayat syaitan yang menggunakan tokoh-tokoh jahiliah seperti Firaun, Namrud, Haman dan Qarun sebagai rujukan."
Saya sudah baca buku ini lama dahulu. Betulkah kata Presiden PAS bahawa ahli dan penyokong parti Islam ini kurang membaca? Baca di sini komentar saya pula.

“Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)



Seorang sahabat saya memberitahu buku terbaharu Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid berjudul Indahnya Hidup Bersyariat laku keras di Muktamar Tahunan PAS 55 di Shah Alam ketika ini.
Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Pertama kali saya melihat buku ini ialah semasa sesi katering di Jobstreet.com di Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman pada 29 Mei 2009. Seperti biasa jika saya ke sana, saya tidak akan lepaskan peluang ke Pustaka Mukmin dan Minerva. Semasa di Pustaka Mikmin saya membelek-belek melihat isi kandungan buku ini. Ternyata menarik.

Alhamdulillah, walaupun ilmu fardu ain yang wajib untuk diri sendiri dan keluarga sudah saya ketahui dan amalkan, ternyata ilmu fardu kifayah saya agak kurang. Tarikan utama buku
Indahnya Hidup Bersyariat ialah desain kulit, susunan bab-bab, reka letak isi kandungan dan gaya persembahan. Banyak gambar sebenar dipaparkan bagi memudahkan pembacaan dan terus dipraktikkan.

Buku terbitan Telaga Biru ini berhalaman 307 dengan harga RM55.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM57.00 (Sabah & Sarawak). Pastinya agak mahal, tetapi berbaloi dengan kertas berkilat yang digunakan dan persembahan buku berkulit keras yang kelihatan ‘mewah’.


Berkaitan: Teguran kepada ahli dan penyokong PAS - Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?

(P/s: Sudah tonton, dengar dan faham kandungan mesej Tok Guru di atas)
Baca di bawah falsafah kumpulan Popular Holding, syarikat empunya rangkaian gedung buku terbesar di Malaysia. Ya, memang Popular ditubuhkan di Singapura, namun falsafahnya saya sanjung.

“Language is an element of culture that contributes to every aspect of human relationship. When a people’s native language is not being regularly used, that is to say, the owners of that language and culture will be at lost. So, as a passionate contributor to bahasa Melayu, the national language with appreciation of our ethnic culture, Popular Holding fosters the love of ethnic language and culture through a strong and firm retail channel. We believe that nurturing of language is nurturing of culture.” (Pop Club magazine, May 2009)

Fahamkah atau tidak, wahai UMNO?


Berkaitan:
Buku-buku Bahasa Melayu di Popular
KEMASKINI PEDIH! - SN Pak Samad: Begini caranya untuk selamatkan bahasa

PPSMI - Mutiara Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Terjemahkan nahu bahasa Arab ke Melayu – Tok Guru Nik Aziz

Orang lain ada kedai buku bergerak, kita masih bergaduh fasal bahasa

Sasterawan Negara Pak Samad MENGGEMPUR TANPA UNDUR!
Fakta sejarah merakamkan:
''Orang Melayu bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara.

Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''. (Pimpinan MCA, Tun Tan Siew Sin, 30 April 1969)

Namun begitu:

Laman berita Malaysiakini memetik bahawa bekas pemimpin UMNO Zaid Ibrahim ‘angin’ dengan pendekatan akhbar Utusan Malaysia yang hanya pandai memainkan sentimen perkauman. ‘Kaum, kaum dan kaum’ adalah tema utama Utusan dan sebab itulah kenapa kadar penerimaan (orang-orang yang membacanya) menurun, kata Zaid.

Sebab itu, Tok Guru Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pernah berkata, “Kita (baca UMNO) di Malaysia suka sebut ketuanan Melayu, sebab Melayu bangsa asal. Tetapi kita lupa bahawa bumi ini adalah kepunyaan Allah. Sepatutnya kita kena sebut ketuanan Allah. Beginilah cara berfikir orang-orang beriman.”

“Jika pemimpin Melayu asyik melaungkan perkataan ‘hidup Melayu’ dan asyik menghunus keris Melayu, sampai bila-bilapun perasaan perkauman tidak akan menipis. Orang akan lari dari Islam kerana sikap perkauman pemimpin Melayu.”

Semalam (2 Jun 2009), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik oleh Malaysiakini menegur akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat. Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.

Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini.

Jujurkah Muhyiddin?

Berkaitan: Hagemoni UMNO: Hidup dan keris Melayu tidak untuk Malaysia
Sudahlah UMNO dan Utusan Malaysia dengan Melayunya!
Jom baca luahan minda dan perasaan sahabat Cina kita di sini: Leave the Old Malaysia Behind Us
Antara sifat tamak saya ialah membeli dan membaca buku. Sikap ini mungkin saya tidak begitu bijak membendungnya, sejak dulu. Pantang saya ialah melihat kelibat kedai buku, pameran / pesta buku dan jualan murah buku. Perkara lain saya boleh elak, yang satu ini amat payah.

Kebiasaan saya ini sudah lama berlangsung.
Sewaktu masih bekerja di MIMOS Bhd dan Jaring Communicarions Sdn. Bhd, saya akan mencuri-curi keluar ke kedai buku. Akibatnya kad kredit saya kembung! Sampai kini saya masih membayarnya perlahan-lahan. (Nasihat: Jangan gunakan kemudahan kad kredit secara berleluasa andai tidak mahu menanggung hutang seumur hidup.)

Saya berhenti seketika dari membeli buku tatkala mengalami kesuntukan wang (biasalah, putaran hidup). Kini selepas beberapa tahun menceburi bisnes katering, Allah yang Maha Ka
ya dan Maha Pembuka membuka pintu rezeki untuk saya sekeluarga. Bermulalah kembali kegilaan saya membeli buku.

Pada Ahad 16 Mei 2009, saya
membeli 3 buah novel di jualan gudang Pay Less Books (kedai buku terpakai) di Ampang Point. Minat saya tertumpu kepada novel thriller, sains-fiksyen dan tekno-thriller. Maka 3 buah novel yang dimasukkan ke dalam karung plastik ialah Warlord! Oleh Janet Morris, Stealth War (militeri-thriller) oleh Jeff Rovin dan Enemy Territory oleh Douglas Terman. Harganya ialah RM9.00 untuk 3 buah.

Sementara itu pada 26
Mei pula, sebaik sahaja selesai mengambil cek bayaran katering di satu lokasi di SS2, Petaling Jaya, terus saya memulas stering kereta ke Amcorp Mall yang berdekatan. Saya ‘melawat’ kedai buku BookXcess yang terletak di tingkat paling atas bangunan Amcorp Mall.

Tahukah saudara apa itu kedai buku BookXcess dan buku apa yang dijualnya? Kedai buku ini menjual pelbagai kategori buku dalam bahasa Inggeris. Tarikan paling utama ialah harga buku-buku yang sangat murah, sehingga 70% dari harga asal di kedai buku lain. Bukan buku lama, tetapi masih baru (atau kelihatan baru?). Mana boleh tahan!

Hasilnya, 4 buah buku dibawa pulang; 3 buah novel thriller dan sebuah buku sejarah India. Semuanya terbitan tahun 2007, seperti berikut:


Crow Stone oleh Jenni Mills (RM9.90).
Cobra Gold oleh Damien Lewis (RM9.90).
Bad Luck and Trouble oleh Lee Child (RM9.90).
India After Gandhi: The History of The World’s Largest Democracy oleh Ramachandra Guha (RM19.90).

Ada
kedai buku Popular pula di Ampang Point dan Amcorp Mall. Beli buku lagi. Pada kedua-dua hari yang sama, chef Lusiana Catering turut menambah koleksi di rumah, seperti berikut:

Matahari Di Atas Gilli oleh Lintang Sugianto, terbitan PTS.
Setiap Jumaat oleh Norhayati Berahim, terbitan NB Kara.
Mikhail oleh Ramlee Awang Murshid, terbitan Alaf 21.
Cinta Kau dan Aku oleh Siti Rosmizah, terbitan Buku Prima.
Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha oleh Taufiqurrahman al-Azizy, terbitan Global Aksara Communication.

Photobucket
Di waktu ini saya sedang menelaah 4 buah buku sekaligus, seperti senarai ‘Sedang baca buku-buku ini’ di sebelah atas kanan blog ini. Bila mahu habis setiap buku tersebut, hanya Allah yang Maha Tahu. Tanpa niat meninggi diri dan riak (semoga Allah lindungi saya dan keluarga, amin!), saya juga amalkan membaca al-Quran dan terjemahan / tafsir. Alhamdulillah.

Baru sahaja selesai membaca novel thriller Gapura oleh Zehann Ur Rakhie, terbitan Pekan Ilmu. Akan dibikin resensi, insyaAllah. Bila? Belum tahu.

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top